Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM bersama barisan pegawai meraikan no plat kenderaan rasmi Naib Canselor, UTM 7. Ia juga sebagai satu usaha untuk mempromosi kepada staf UTM khususnya, alumni, pelajar dan juga masyarakat luar agar dapat membida no plat UTM bagi meningkatkan sumbangan kepada Tabung Endowmen UTM. Pembidaan pada tahap pertama telah pun selesai di mana seramai 260 pembida yang telah berjaya. Bidaan buat kali yang kedua akan menyusul dalam masa terdekat dan dijangkakan dibuat pada 7 Jan – 13 Jan 2020.