Pelajar Kursus Golf UKQS2212 & UKQF2702, Pusat Kokurikulum dan Servis Learning (CCSL), Universiti Teknologi Malaysia, telah berjaya mengadakan aktiviti servis learning iaitu Charity Golf Tournament pada 7 Disember 2019 di Daiman 18 Golf Club, Johor Bahru. Program ini disertai oleh 31 pelajar UTM, 36 pemain golf termasuk 10 orang Alumni UTM dan 36 orang dari rumah anak yatim dan rumah kebajikan. Objektif utama program ini adalah untuk mempelajari kaedah-kaedah penjanaan pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat luar iaitu anak yatim dan penghuni rumah kebajikan. Program ini mendapat sokongan dan sumbangan dari CCSL, UTMAlumni, Persatuan Alumni UTM (PAUTM), Kelab Golf UTM (KGUTM) dan tajaan dari Dunlop Srixon Sport Asia Sdn.Bhd.

Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Dahari bin Derani, Timbalan Pengerusi Kelab Golf UTM (KGUTM). Pegawai-pegawai UTM yang turut hadir meraikan program ini ialah Encik Mohd Fauzi bin Rahman (Timbalan Pendaftar CCSL) dan Encik Kamsaini bin Kamarudin ( Timbalan Pengarah – Pentadbiran & Operasi ). Melalui program ini pelajar kursus golf berjaya mengutip sumbangan derma sebanyak RM10,020.00 daripada syarikat dan individu. Jumlah kutipan ini telah disalurkan kepada 4 buah rumah anak yatim dan rumah kebajikan seperti berikut :
1. Pertubuhan Sosial dan Kebajikan Sari Saujana, Johor Bahru
2. Berkat Community Berhad, Johor Bahru
3. Persatuan Penjagaan Kanak Kanak Miskin
4. Pertubuhan Kebajikan SHAFAR, Johor Bahru