NAMA PROGRAM                : PEOPLE IN NEED, PEOPLE OFFER 2019 (PINPO’19)

TARIKH  & MASA                 : 23 NOVEMBER 2019 (8AM – 3PM)

JUMLAH PENGLIBATAN     : RUMAH ANAK YATIM KASIH SETANGGI

 

 

23 November 2019 – Jawatankuasa Kolej Tun Dr. Ismail (JKM KTDI) dengan kerjasama UTMAlumni telah meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia di Rumah Anak Yatim Kasih Setanggi. Program ini dirangka bertujuan untuk memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan dan meningkatkan bilangan sukarelawan yang wujud di Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, program ini juga merupakan satu wadah untuk melahirkan sifat perikemanusiaan dalam diri mahasiswa/i dan staf di UTM. Program ini telah dijalankan pada jam 8 pagi hingga 3 petang dan menerima kedatangan 5 orang UTMAlumni. Antara Alumni yang mengikut program ini adalah Dr. Ruzimi Bin Mohamed, Muhammad Syafiq Bin Rahmat,  Siti Nur Hayati Binti Hamsan, Ummi Habibah Binti Mohd Zaya dan Fatin Aqilanajwa binti Adenan.

 

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!