YBhg. Datuk Naib Canselor kini berada di Indonesia bagi memenuhi undangan rasmi Universitas Sriwijaya (UNSRI) ke kampus mereka yang terletak di Kabupaten Ogan Ilir, Palembang. Turut sama bersama Naib Canselor ialah Prof. Dr. Shahrin bin Mohammad, Pro Naib Canselor (Pengurusan Strategik). Antara agenda utama di sana ialah, beliau akan menyampaikan satu syarahan perdana yang bakal dihadiri oleh rektor dan seluruh barisan pengurusan Universiti tersebut. UNSRI dan UTM telah menjalin kerjasama erat sejak beberapa tahun sebelum ini malah beberapa orang pengurusan kanan universiti ini adalah merupakan alumni UTM termasuklah rektor, Prof. Dr. Ir. Anis Saggaff. dan Wakil Rektor Bidang Akademik, Prof. Ir. Zainuddin Nawawi.