Menjayakan Kelangsungan Sebuah Universiti

Menjayakan Kelangsungan Sebuah Universiti
-Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor 2017-

Penerbitan Buku Perutusan Tahun Baharu Naib Canselor adalah merupakan tradisi UTM yang telah berjalan sejak beberapa tahun yang lepas. Perutusan ini memaparkan senario yang perlu diberi perhatian, cabaran, aspirasi, pencapaian tahun sebelumnya serta perancangan dan pelan pelaksanaan utama bagi tahun berkenaan sebagai rujukan buat warga universiti dan pemegang taruh di luar universiti.

Pelbagai bentuk cabaran yang sedang di hadapi memerlukan seluruh warga UTM mempunyai set minda, keupayaan, kekuatan dan strategi yang baru. Kelangsungan UTM bukan hanya ditentukan oleh kelestarian kewangan. UTM bukan sebuah institusi berasaskan keuntungan (for profit). Tetapi kelestarian kewangan menjadi komponen penting bagi UTM meneruskan kelangsungannya sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mempunyai keupayaan dan kekuatan memenuhi aspirasi negara.

Buku ini memaparkan senario penting yang berlaku serta impak realiti semasa, di mana keperluan merekayasa pendekatan Model Baharu Pendidikan Tinggi diwujudkan bagi menjayakan kelangsungan universiti. Seluruh warga UTM perlu terus menggalas tanggungjawab dengan memainkan peranan signifikan bagi menyumbang ke arah ini.

Bagi mendapatkan buku ini boleh terus ke Pejabat Penerbit UTM

Penerbit UTM Press
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Johor, Malaysia.

Atau dapatkannya secara dalam talian di SINI (https://chancellery.utm.my/penerbit/2015/11/05/books-catalog/)