Pengenalan

Pertandingan arca ini adalah untuk merekabentuk perabot landskap dengan menggunakan barang terbuang. Tujuannya adalah untuk meningkatan kesedaran para pelajar tentang penggunaan semula barang terbuang dan juga boleh menguji kreativiti para pelajar untuk merekabentuk perabot landskap. Perabot lanskap boleh didefinisikan sebagai objek atau alatan yang mempunyai fungsi tersendiri dan juga nilai estetik contohnya kerusi/meja laman, pasu, rak pasu, wakaf, lampu dan sebagainya. Perabot yang direkabentuk haruslah boleh digunakan samada di dalam, atau di luar bangunan.

 

Perlaksanaan

Peserta dari setiap sekolah masing-masing perlu menyediakan bahan terbuang dan juga bahan sampingan seperti bahan cantuman atau perhiasan untuk arca perabot tersebut. Persediaan awal yang dibenarkan hanyalah penyediaan komponen-komponen kecil. Segala pemasangan/pembinaan/finishin, hanya dibenarkan dilakukan semasa pertandingan. Masa yang diperuntukkan untuk peserta membina/menyiapkan arca itu adalah selama 2 jam. Persembahan atau penerangan ringkas oleh peserta disediakan untuk menerangkan hasil kerja kumpulan tersebut.

 

[spoiler title=”Syarat-syarat Pertandingan:” open=”0″ style=”1″]

i. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah di Negeri Johor.

ii. Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari 1 kumpulan iaitu seramai 5 hingga 8 orang pelajar bagi setiap kumpulan.

iii. Ukuran/ saiz minima arca haruslah 1m (pangjang) x 1m (lebar) x 1m (tinggi) dan tiada ukuaran maksima yang ditetapkan.

[/spoiler] [spoiler title=”Penilaian:” open=”0″ style=”1″]

Penilaian akan diberikan berdasarkan elemen-elemen berikut :-

i. Konsep dan kreativiti arca
ii. Bahan yang digunakan
iii. Kepelbagaian penggunaan arca
iv. Penerangan/persembahan

[/spoiler]

Setiap penilaian akan diadili oleh juri profesional yang dilantik. Segala keputusan oleh juri adalah muktamad.

 

PIC : 
Cik Irene Lister (014-5119508)
Abu Bakar ( 019-7043446)