Teknik Belajar Berkesan

Para pensyarah dan staf Universiti teknologi Malaysia (UTM) senantiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada mahasiswa mengenai kemahiran generik yang perlu dikuasai disepanjang pengajian.

Melalui Pejabat Pengajian Prasiswazah (UGS), kami sentiasa merangka pelbagai program pembangunan pelajar dan juga pembangunan akademik dalam memastikan UTM berjaya melahirkan pelajar yang unggul, berkualiti dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta memenuhi kehendak industri.

Pelbagai tips dan kaedah peningkatan kemahiran yang boleh menjadi rujukan seorang pelajar Universiti. Antaranya :

  1. Kemahiran Membaca

Pautan di atas merupakan salah satu kemahiran yang dapat membantu anda menguasai teknik membaca pelbagai bahan dan rujukan di Universiti. Maklumat dari York University.

  1. Kemahiran Mengambil Nota

Pelajar mampu meningkatkan kemahiran mengambil nota dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti mendengar, membuat format/templat tertentu untuk nota, penggunaan kata kunci ‘key words’ dan sebagainya. Tips di atas rujukan daripada Rasmussen College.

  1. Pembentangan Lisan (Oral Presentation)

Pembentangan secara lisan merupakan salah satu perkara yang penting bagi pelajar universiti sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Tips yang dirujuk daripada La Trobe University Australia ini membantu anda dalam merangka strategi berkesan bagi meningkatkan kemahiran pembentangan lisan dan juga berucap umum.

  1. Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Berikut merupakan strategi dalam membantu anda menghadapi ujian dan peperiksaan akhir. Rujukan dari York Univesity.