Selamat datang ke Portal Pejabat Pengurusan Strategi UTM!

 

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

 

Pada tahun 2015, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), PPPM(PT). Pelan ini telah menggantikan Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). PPPM(PT) yang dihasilkan melalui proses yang begitu komprehensif ini perlu dijadikan rujukan dan bahan dilaksanakan secara teratur dan sistematik di setiap Universiti Awam mahupun Swasta. Disamping melaksanakan Pelan Global UTM Fasa II yang khusus untuk UTM, ianya juga perlu sejajar dengan PPPM(PT) dan perlu dilaksanakan melalui Pelan Transformasi Pengajian Tinggi (UNITAP). Pelaporan kepada pihak PMO-KPT perlu dilaksanakan melalui ketua iPMO yang dilantik iaitu En Abdul Razib bin Hj. Shahuddin, Timbalan Pendaftar, Pejabat Naib Canselor.

 

Pada tahun 2013, satu penyusunan semula terma rujukan pengurusan strategi yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Pengarah Hal Ehwal Korporat, UTM telah dilaksanakan. Pejabat Hal Ehwal Korporat diberi tugas khusus berkaitan Komunikasi dan Hubungan Korporat, manakala tanggungjawab pengurusan korporat dan strategi pula diambil alih oleh Timbalan Pendaftar di Pejabat Naib Canselor dan dibantu oleh dua orang Penolong Pendaftar.

Sejak itu, perancangan dan pemantauan pelaksanaan strategi UTM telah diuruskan melalui Pejabat Naib Canselor sendiri. Pemantauan strategi korporat telah berjaya dilaksanakan secara berkala setiap 3 bulan. Pelan Strategi Fasa II juga telah berjaya di perincikan lagi dan satu dokumen Pelan Strategi UTM 2012-2020 (Fasa II: 2015-2017) telah berjaya dihasilkan.

 

 

JUSTIFIKASI PENUBUHAN