Pada 21-27 Januari 2013, Bahagian Keselamatan UTM Johor Bahru dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD) telah menganjurkan Kursus Asas Pegawai Keselamatan di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.
Seramai 43 orang
Security Division
Pada 21-27 Januari 2013, Bahagian Keselamatan UTM Johor Bahru dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD) telah menganjurkan Kursus Asas Pegawai Keselamatan di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka.
Seramai 43 orang
Pada 30 Disember 2012, Bahagian Keselamatan Utm Johor telah mengadakan Kejohanan La-Liga Futsal Bahagian Keselamatan (tertutup) 2012, dan seramai 99 orang Staf Keselamatan telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini diadakan untuk mencungkil bakat baru serta dapat memupuk semangat berpasukan dikalangan Staf Keselamatan. Majlis penutup dan juga penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Keselamatan, En.Halim bin Adam serta diiringi oleh Pengerusi Badan Kerohanian, En. Shahwalludin bin Ghazali.
Pada 1 Julai 2012 yang lalu pintu masuk ke Universiti Teknologi Malaysia kedua melalui Lebuh Raya Senai Johor Bahru telah di buka 24 jam kepada lalu lintas. Akses melalui laluan kedua terutamanya ini bagi kegunaan perhubungan kekawasan Akademik baru yang mengandungi Fakulti Biosains & Biokejuruteraan, Fakulti Tamaddun Islam, Bangunan tambah
an Perpustakaan Raja Zarith Sofia ,Fakulti Sains, Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia,Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah Stadium dan Kolam Renang.
Laluan ini juga boleh menghubungkan pusat Akademik sedia ada berhampiran Kompleks Sukan. Pintu utama laluan kedua di kawal oleh pihak Bahagian Keselamatan yang disediakan Balai Keselamatan di kiri kanan pintu masuk. Dengan pembukaan pintu masuk baru Lebuh Raya Senai Johor Bahru ini menjadikan 4 laluan masuk wujud iaitu pintu masuk Utama bersebelahan Pejabat Harta Bina, laluan Taman Sri Pulai, laluan berhampiran Padang Kawad dan Lebuh Raya Senai Johor Bahru
Pada 31 Ogos 2012,Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-55, UTM Johor telah menghantar satu kontijen untuk menyertai perhimpunan perbarisan. Majlis Perarakan dan Perbarisan kami kemerdekaan peringkat Negeri Johor dengan bertemakan 55 tahun Merdeka Janji Ditepati tersebut telah di lakukan di Bandar, Kluang. Seramai 32 orang anggota dan di ketuai oleh En Abd Rahim bin Hj Abd Karim Pegawai Keselamatan kanan dari Bahagian Keselamatan telah terlibat disecara langsung di majlis sambutan tersebut.
Bahagian Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia, UTM Johor, 81310 Skudai Johor Darul Takzim, Malaysia
