

Assalamualaikum Wm. Wbr. Dan Salam Sejahtera,
Selamat datang ke Laman Web Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia. Saya bagi pihak seluruh warga Bahagian Keselamatan menghargai kesudian dan mengalu-alukan kepada semua pengunjung laman ini. Adalah diharapkan maklumat yang ada terdapat dalam laman web ini akan membantu tuan/puan untuk mengenali Bahagian keselamatan dengan lebih dekat lagi dan seterusnya akan mewujudkan hubungan kerja yang lebih baik.
Bahagian Keselamatan merupakan salah satu daripada 6 bahagian yang terdapat di Pejabat Pendaftar. Bahagian Keselamatan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua perkara berkaitan pengurusan keselamatan bagi memastikan tahap keselamatan kampus terpelihara daripada segala ancaman dan juga mendukung cita-cita Universiti untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia.
Adalah diharapkan sokongan dan kerjasama semua pihak agar dapat memudahkan pelaksanaan tanggungjawab keselamatan yang semakin mencabar oleh pihak kami ini. Pihak kami juga mengalu-alukan komen atau cadangan daripada tuan/puan bagi membolehkan pihak kami membuat penambahbaikkan yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan keselamatan dalam kampus.
Di atas keprihatinan dan kerjasama diucapkan terima kasih. Sekian dan selamat melayari laman web kami.
“ KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA “
Ikhlas daripada,
HALIM BIN ADAM Pengarah Keselamatan