UTM Logo
UTM Tagline

Panduan Peraturan Tugas Pengawal Lalulintas (Trafik)

I. Meronda dan memeriksa disemua tempat letak kereta kenderaan di dalam kampus bagi memastikan sentiasa dalam keadaan teratur, terkawal dan mencegah daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab seperti kecurian
II. Membuat kawalan di simpang-simpang jalan yang sibuk, sesak pada waktu tertentu bagi memastikan keadaan lalulintas berjalan dengan licin dan terkawal
III. Membantu memberi panduan tunjukarah kepada mana-mana pelawat atau pihak luar yang memerlukan bantuan untuk sampai ke tempat yang dituju
IV. Membantu mengawal, mengiringi dan memberi tunjukarah kepada pelawat kenamaan yang melawat Universiti ini
V. Meletakan notis kesalahan lalulintas terhadap mana-mana kenderaan yang tidak mematuhi/melanggar peraturan lalulintas yang di keluarkan oleh Pihak Berkuasa Universiti/Auku 1971 (Tatatertib Pelajar)
VI. Menyediakan keperluan papan tanda tunjukarah ke lokasi yang diperlukan semasa ada upacara rasmi universiti
VII Mengadakan operasi lalulintas dari masa kesemasa bagi memastikan penggunaan jalan raya didalam kampus mematuhi peraturan lalulintas
VIII. Membantu/memberi apa jua khidmat bantuan kepada mangsa/kawalan keselamatan lalulintas sekiranya berlaku sesuatu kecemasan seperti kemalangan, kebakaran, dan sebagainya. Tindakan pantas/segera amat penting
IX. Memastikan semua alatan yang di bekalkan berada dalam keadaan baik, bersih dan boleh di gunakan

Carta Aliran Rayuan Saman


I. Hantar rayuan saman di kaunter Ketua Pengawal.
II. Ketua Pengawal menerima rayuan saman.
III. Ketua Pengawal membuat semakan rayuan(isikan maklumat).
IV. Beri penerangan terhadap kesalahan yang telah dilakukan.
V. Tempoh menunggu rayuan dalam masa satu minggu.
VI. Pengurangan dibuat oleh Pengarah Keselamataan.
VII Lalulintas menerima surat rayuan tersebut dan membuat penyemakan.
VIII. Lalulintas memasukkan data rayuan.
IX. Pembayaran dibuat di Pejabat Bendahari Pelajar.

Hubungi

Bahagian Keselamatan

Universiti Teknologi Malaysia,
UTM Johor, 81310 Skudai
Johor Darul Takzim,
Malaysia

07-5530014

07-5530432

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Sila berikan:-

-Cadangan

-Komen

-Aduan

-Salahlaku Anggota Keselamatan

Borang


 

 

 

Borang Soal Selidik  / Maklumbalas Pengguna                                                                                                         (Φ  Malay  Φ)      (Φ  English  Φ)
 (Borang Online)
 Borang Permohonan Pas Masuk Kampus                                                                                         (Φ  PDF  Φ)

 

Borang Permohonan Pelekat Kenderaan    (Sila Cetak Borang Mengikut Warna Yang Telah Dinyatakan di bawah)                       
» Staf
      › Staf / Pegawai Penyelidik Yang Dilantik oleh Pejabat Pendaftar  (Biru)                                     (Φ  MS Word  Φ)      (Φ  PDF  Φ)
      › Staf  Sementara RO / RA Lantikan RMC, Fakulti dan SPACE  (Krim)                                             (Φ  MS Word  Φ)      (Φ  PDF  Φ)

 

» Pelajar
      › Pelajar Perdana (Majlis Perwakilan Mahasiswa- MPM)    (Putih)                                             (Φ  MS Word  Φ)      (Φ  PDF  Φ)
     › Pelajar Perdana  (Merah Jambu)                                                                                               (Φ  MS Word  Φ)      (Φ  PDF  Φ)
     › Pelajar Antarabangsa / Mainstream Student   (Merah Jambu)                                                     (Φ  MS Word  Φ)      (Φ  PDF  Φ)
     › Pelajar Separuh Masa   (Hijau)                                                                                                 (Φ  MS Word  Φ)      (Φ  PDF  Φ)

 

» Kontrak / Orang Awam
     › Pekerja Kontrak / Orang Awam    (Kuning)                                                                              (Φ  MS Word  Φ)      (Φ  PDF  Φ)

Kawasan Larangan Pelajar


Pengenalan

” MISI BAHAGIAN KESELAMATAN “

Menerajui Pengurusan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Dan Lalulintas Yang Mesra, Selesa Dan Selamat

” OBJEKTIF BAHAGIAN KESELAMATAN “

Memastikan Kawalan Keselamatan Kampus Sentiasa Cemerlang

 ***************************************************************************************

Buku Panduan Keselamatan, Bahagian Keselamatan telah diterbitkan bagi memberi info kepada warga Kampus Universiti Teknologi Malaysia berkaitan struktur organisasi Bahagian Keselamatan dan fungsi Utama di dalam Universiti. Bahagian Keselamatan merupakan salah satu Bahagian yang ada di bawah pentadbiran Pejabat Pendaftar. Bahagian Keselamatan merupakan satu-satu Bahagian yang dipertanggungjawab oleh pihak berkuasa Universiti Mengenai Pengurusan Keselamatan Kampus dengan Menguatkuasakan semua Pekeliling/Peraturan seperti berikut:

1. Akta 1971 Universiti Dan Kolej Universiti Dan University Teknologi Malaysia (Disiplin Pelajar) Peraturan 1999

2. Peraturan Larangan Merokok

3. Peraturan Am Keselamatan

4. Pekeliling Peraturan  Lalulintas 1989 Bil 3,Lalulintas Di Dalam Kampus Bil 21 1982, Penangguhan Kuliah Bagi Mengatasi  Masalah Kesesakan Lalulintas University Bil 10 2003 Sistem Meletak Kenderaan Luar Pusat Akademik Bil 6 2000

5. Peraturan Keselamatan Kunci/Penggunaan Bilik/Ruang Selepas Waktu Pejabat

6. Peraturan Semasa Universiti

Bahagian keselamatan telah diterajui oleh Tuan Halim Bin Adam selaku Pengarah keselamatan (KP48), dibantu Tuan Abd. Rahim Bin Hj. Abd Karim selaku Pegawai Keselamatan Kanan (KP44), Tuan Haji Roselaile Bin Samah selaku Penolong Pendaftar Kanan (N44), Tuan Beni Widarman Bin Yus Kelana selaku Pegawai Keselamatan (KP41) dan Tuan Haji Ishak Bin Suboh selaku Penolong Pegawai Keselamatan Siasatan (KP27). Mereka ini turut disokong unit pentadbiran seramai 9 orang serta 150 Orang Anggota Keselamatan bagi meningkatkan keberkesanan dan kelancaran fungsi dan tugas yang dilaksanakan.

Bahagian Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia juga turut mempunyai satu Cawangan Keselamatan di International Campus, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

 

 

 

 

KAYUHAN MEGA “CYCLING de MASSE” SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 – ANJURAN MBM & PEMBANGUNAN SUKAN, KBS

 Pada 26 Mei 2012 yang lalu, 10 orang staff dari Bahagian Keselamatan UTM telah terlibat dalam “Cycling De Masse”  yang telah diadakan sempena Hari Belian Negara dan Himpunan Jutaan Belian 2012 yang telah diadakan di Putrajaya. Banyak  hadiah lumayan yang  telah di sediakan bagi peserta cabutan bertuah antaranya seperti 6 buah basikal pelbagai jenama, TV LCD 42 inci berjenama.
Cenderhati istimewa & buah tangan juga telah diagihkan kepada peserta yang telah mendaftar.
Pendaftaran secara “walk in” juga turut dibuka di meja pendaftaran seawal  jam 6:30 pagi.

Penyertaan staff  Bahagian Keselamatan dalam kayuhan ini secara tidak langsung telah dapat memperkenalkan  UTM dimata masyarakat bahawa Pihak UTM memang serius terutama penglibatan staf mereka dalam program berbasikal.

more….

UTM tubuh Unit Rondaan Berbasikal (new)

Sebagai salah satu langkah proaktif bagi mewujudkan kampus lestari, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menubuhkan Unit Rondaan Berbasikal bagi menjaga keselamatan harta benda dan warga kampus. Ia sepenuhnya di bawah penyeliaan dan tanggungjawab Bahagian Keselamatan.

Pengarah Bahagian Keselamatan, Halim Adam berkata, unit berkenaan yang ditubuhkan pada Januari lalu selaras dengan konsep pelestarian kampus untuk mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor yang menyumbang kepada pencemaran udara. Penggunaan basikal oleh anggota unit keselamatan membolehkan mereka membuat rondaan ke kawasan bangunan dan tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah penggunaan basikal membolehkan anggota unit keselamatan membuat pemantauan hingga ke kawasan bangunan akademik dan penginapan mahasiswa, selain mewujudkan suasana mesra warga kampus.

Rondaan dibuat antara pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang di kawasan lingkaran ilmu manakala pemantauan di kolej kediaman antara 3.30 petang hingga 11 malam setiap hari.

Unit tersebut dianggotai oleh 11 orang yang dipilih daripada 30 pemohon yang berjaya melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan selepas menjalani latihan intensif selama sebulan. Kriteria pemilihan dibuat berdasarkan berdasarkan faktor fizikal, kesihatan dan kemahiran menunggang basikal dalam pelbagai situasi mencabar.

Semoga tertubuhnya unit berbasikal, akan dapat membantu warga kampus dalam mewujudkan suasana aman dan harmoni.

Pejabat Pendaftar Juara Mutlak Bolasepak “UTM Staff Games” (new)

 

Pejabat Pendaftar telah berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu dengan menewaskan Pejabat Harta Bina dengan jaringan 5 gol berbalas 2. Tahniah di atas kemenangan yang diraih oleh pemain dan terima kasih juga kepada para pegawai serta penyokong-penyokong yang turut serta memberi sokongan yang tidak berbelah bagi..

Panduan Keselamatan Hartabenda Peribadi / Universiti

Panduan Keselamatan Hartabenda Peribadi/Universiti

  • Barang berharga/bernilai disimpan didalam ruang/almari/kabinet yang selamat dan boleh di kunci,
  • Pastikan tingkap dan pintu telah dikunci semasa meninggalkan bilik/ ruang walaupun dalam waktu yang singkat atau semasa hendak tidur,
  • Mengadakan tambahan kunci keselamatan pada motosikal dan pasang alat penggere keselamatan pada kereta,
  • Tidak membawa/ menyimpan wang tunai yang banyak dalam satu-satu masa bagi mengelakkan kerugian akibat kecurian/ tercicir,
  • Tidak meletakan pin nombor serta kad ATM sekali dalam dompet
  • DILARANG membuat kunci pendua atau memberi pinjam kunci bilik kepada kawan,
  • Tidak meletakkan barang berharga didalam kereta atau didalam bilik yang boleh dilihat daripada luar,
  • Elakkan diri anda dari meletakkan beg atau dompet yang mengandungi barang bernilai didalam bakul motosikal dihadapan semasa menunggang