Panduan/Peraturan Keselamatan Kunci Dan Penggunaan Ruang

Panduan/Peraturan Keselamatan Kunci Dan Penggunaan Ruang

1. Pendahuluan
Menerangkan peraturan-peraturan keselamatan kunci-kunci dan penggunaan bilik/ruang selepas waktu pejabat kepada semua kakitangan di Fakulti/Jabatan masing-masing di Universiti Teknologi Malaysia
2. Kawalan dan Penyimpanan Anak Kunci
Semua Master Key di kawal dan di simpan di dalam peti khas simpanan kunci di Bahagian Keselamatan dan di dalam bilik Pengarah keselamatan. Kebenaran mengambil kunci adalah terletak pada Pengarah/Penolong/Penolong Pegawai keselamatan sahaja Kecuali sebab kecemasan. Setiap penggunaan hendaklah direkod/dicatatkan di dalam buku daftar kunci
3. Anak kunci biasa
I Semua anak kunci biasa kecuali kunci bilik di khaskan untuk individu bagi kegunaan hari bekerja bagi sesebuah kumpulan pejabat hendaklah di simpan dan di selenggara di bahagian masing-masing. Penyimpanan hendaklah di dalam peti khas kunci dengan dipertanggungjawab kepada seorang pegawai/kakitangan yang dilantik oleh ketua jabatan/ Bahagian.
II Sebuah buku penyelenggaraan hendaklah disediakan dan direkodkan pergerakan (pinjaman/pemulangan) kunci dan tujuannya. Buku hendaklah sentiasa di audit dan diperiksa oleh pegawai yang telah dilantik