Panduan Bagi Mencegah Kecurian Kenderaan (Motorsikal) (mesti baca)

Salam buat pembaca laman web keselamatan UTM… setiap masa kecurian kenderaan (motorsikal dan kereta) kerap berlaku”….Pelbagai cara manusia terdesak melakukan jenayah untuk mencuri kenderaan anda..Kes kecurian motosikal  mencatatkan indeks jenayah tertinggi  dengan purata sebanyak empat hingga lima kes kecurian berlaku pada setiap hari.

 

Mari kita lihat teknik yang biasa digunakan oleh penjenayah….(untuk panduan umum)

Tujuan ini bukan nak mengajar Mencuri tapi cuma berkongsi sesama masyarakat supaya dapat mengenal pasti antara punca berlaku kecurian…Inilah  kelemahan setiap manusia, sebagai pengguna biasa, kita tidak tahu dan pasti  apa yang penjenayah itu tahu…. dengan maklumat ni, dapatlah hendaknya kita membuat sesuatu untuk mempertingkatkan ciri keselamatan Motosikal dan kenderaan kita.

 

Mengunci Tengkuk Motorsikal

Yang ni cara yang kerap dilakukan.. diharap ambil perhatian… Bahagian utama yang paling senang di curi.

 

Menendang Handle Motorsikal

Ini pula salah satu cara yang kerap juga digunakan. Diharap setiap pemilik mencari inisiatif dengan memasang penggera pada motorsikal. Dengan adanya penggera ini, setiap penjenayah akan berfikir berkali-kali apabila hendak mencuri.

 

Menggunakan Master Key

Penjenayah akan mencucuk alat master key ni pada lock suis motorsikal bagi merosakkan spring-spring di dalam kunci tersebut.

 

Menggunakan Pemotong Besi

 

Penjenayah akan menggunakan Cutter untuk memotong tangkai kunci Solex. Ini cara paling senang paling pantas.  Tolong gunakan mangga solex yang anti pemotong.

 

Ikuti langkah-langkah pencegahan yang patut diambil bagi mengelak kecurian

1) Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
2) Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
3) Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah mengunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya mengunci di bahagian leher motosikal walaupun sementara.
4) Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam dan letak di tempat yang terang .Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
5) Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.