Panduan Jaminan Kualiti Akademik UTM

1. Pengenalan

UTM QRiM telah diamanahkan untuk melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti Akademik Universiti Teknologi Malaysia. Peranan dan fungsi UTM QRiM telah bertambah setelah UTM memperolehi pengiktirafan swaakreditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 23 Mac 2013. Pengiktirafan ini memberikan satu keistimewaan kepada UTM untuk mengakreditasi sendiri program-program akademik bukan profesional di UTM. UTM QRIM juga bertindak sebagai Urusetia kepada Jawatankuasa Akreditasi Universiti (JKAU) (www.utm.my/qrim/jawatankuasa-akreditasi-universiti) yang berperanan untuk memantau perlaksanaan audit dan memperakukan akreditasi untuk program akademik yang memenuhi standard yang ditetapkan oleh MQA. Bagi program akademik profesional, akreditasi dijalankan oleh badan-badan profesional yang berkaitan. Dalam hal ini, pihak UTM QRIM hanya bertindak sebagai Urusetia kepada badan-badan profesional tersebut.

SILA DOWNLOAD

SILA KLIK DI SINI