JB : 07 – 553 0521 / KL : 03 – 26154533 / 4355 / 4692 qrim@utm.my

Terma Jawatankuasa Akreditasi Universiti (JKAU)

KEAHLIAN

  • Pengerusi :  Dipilih oleh Majlis Profesor
  • Ahli
    • Empat (4) orang staf akademik kanan UTM berjawatan Professor atau Professor Madya yang diputuskan oleh Senat melalui cadangan ahli Senat. Ahli bukan daripada kalangan pentadbir akademik.
    • Dua (2) orang pakar luar universiti yang dicadangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan diperakukan oleh Senat
  • Setiausaha Pengarah, Unit Kualiti Universiti

Punca Kuasa: Senat Universiti

Bidang Kuasa

  1. Memantau standard dan pelaksanaan akreditasi di Universiti Teknologi Malaysia;
  2. Memperakukan panel penilai bagi menjalankan audit akreditasi sementara, akreditasi penuh dan audit pemantauan;
  3. Menerima laporan dan membuat penilaian ke atas laporan panel penilai akreditasi;
  4. Memberi perakuan akreditasi untuk program akademik yang memenuhi standard yang ditetapkan;
  5. Membuat perakuan pembatalan akreditasi ke atas program yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan;
  6. Menyediakan laporan akreditasi untuk dibentangkan bagi pengesahan Senat Universiti