JB : 07 – 553 0521 / KL : 03 – 2180 5351 qrim@utm.my
Select Page

chartQriM
Unit Kualiti Universiti (UKU) ditubuhkan dalam tahun 2009 selepas penstrukturan semula sistem pengurusan kualiti Universiti Teknologi Malaysia yang dibuat pada penghujung 2008 dengan pengwujudan semula Majlis Kualiti UTM dan UKU bertindak sebagai Urusetia. UKU diletakkan di bawah struktur Canseleri dan Pengarah Kualiti bertanggungjawab terus kepada Naib Canselor.

Dengan penstrukturan semula ini, Unit Kualiti Akademik (UKA), sebelum ini di bawah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), diserapkan ke bawah UKU dan sebahagian peranan Bahagian Pengurusan Sistem (sekarang dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Organisasi) Pejabat Pendaftar diletakkan di bawah tanggungjawab UKU. UKU mula beroperasi di Aras 3, Dewan Sultan Iskandar pada 1 April 2009.

Pada tahun 2014, Universiti telah melaksanakan penstrukturan sekali lagi dimana UKU telah bergabung dengan Bahagian Transformasi dan PengurusanRisiko (BTPR) dan dikenali sebagai Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko atau UTM QRiM dan diketuai oleh Pengarah Kanan.

Matlamat penstrukturan semula adalah untuk memantapkan struktur dan jaminan kualiti proses kerja yang berkaitan dengan kualiti akademik, kualiti perkhidmatan, pengurusan data dan pengurusan risiko bagi memenuhi keperluan pihak berkepentingan dan Universiti.