PENGENALAN

Anugerah Kualiti Perkhidmatan telah diperkenalkan sejak tahun 2010. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada PTJ yang telah menjalankan inisiatif berfokuskan kualiti dan menunjukkan impak yang signifikan kepada pelanggan. Kriteria yang diguna pakai adalah selaras dengan kriteria dalam Sistem Penarafan Bintang (SRR) dan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dibawah MAMPU.

 

KRITERIA/SYARAT-SYARAT PERMOHONAN                                                                                                                             

  • Semua PTJ Induk DIWAJIBKAN untuk menyertai penilaian Anugerah Kualiti Perkhidmatan.
  • Semua Unit / Bahagian yang mempunyai minimum 50 staf DIWAJIBKAN menyertai penilaian Anugerah Kualiti Perkhidmatan secara kerjasama PTJ Induk @ secara bersendirian tetapi tertakluk kepada kelulusan PTJ Induk.

 

KAEDAH PENILAIAN 

  •  Kaedah Penilaian
    • Penilaian dibuat oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Pengerusi, JK Anugerah Kualiti dengan persetujuan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
    • Panel Penilai bertanggungjawab:
      • Menilai pembentangan yang dilakukan oleh PTJ / Bahagian yang mengambil bahagian.
      • Membuat lawatan pemeriksaan ke PTJ / Bahagian bagi mengesahkan maklumat dan data serta penjelasan yang diperlukan.
      • Membuat lawatan validasi dan sesi temubual bersama Pegawai dan Staf.
      • Membuat keputusan pemenang anugerah untuk diperakukan oleh Jawatankuasa Induk Majlis Citra Karisma UTM.