PENGENALAN

Anugerah Kualiti Akademik (AKA 2016) akan memberikan fokus kepada pencapaian Fakulti/Sekolah dalam menjayakan Pelan Global UTM Fasa 2 (PGU2) dan MyRA II. Hasil daripada dua komponen ini, enam kriteria penilaian telah dibentuk. Pencapaian sebenar  juga akan dikaitkan dengan produktiviti dan efisiensi yang akan merujuk kepada kapisiti keseluruhan Fakulti/Sekolah.

 

KAEDAH PENILAIAN

  1. Penilaian yang akan dijalankan mengambil kira pencapaian Fakulti/Sekolah untuk tahun 2016 SAHAJA dalam enam kriteria yang dinyatakan.
  2. Semua Fakulti/Sekolah dikehendaki menyediakan laporan berdasarkan Kriteria Penilaian AKA 2016 yang diberikan.
  3. Setiap Fakulti/Sekolah akan membuat pembentangan selama 30 minit (20 minit pembentangan 10 minit soal jawab) kepada Panel Penilai tentang pencapaian berdasarkan kepada Kriteria Penilaian AKA 2016 dalam Konvensyen Kualiti UTM yang akan dihadiri oleh semua Fakulti/Sekolah.
  4. Pembentangan ini WAJIB dihadiri oleh semua Fakulti/Sekolah.
  5. Penilaian AKA 2016 berdasarkan kepada kriteria penilaian dan pemarkahan.
  6. Berdasarkan markah yang diperolehi, Fakulti/Sekolah akan diberikan penarafan berdasarkan kepada julat Tier 1 – Tier 6 mengikut klasifikasi yang diguna pakai dalam SETARA.
  7. DUA buah Fakulti/Sekolah yang mencapai skor tertinggi penilaian akan dinilai di peringkat penilaian kedua.
  8. Peringkat kedua penilaian akan melibatkan lawatan ke Fakulti/Sekolah yang meliputi semakan bahan bukti, perjumpaan dengan pengurusan program, staf dan pelajar.
  9. Semua Fakulti/Sekolah DIWAJIBKAN menyertai AKA 2016 kecuali Fakulti/Sekolah telah menyertai Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP).
  10. Panel penilai akan terdiri daripada staf akademik yang berpengalaman dan mewakili bidang kejuruteraan, sains dan teknologi di UTM.