Endowment Scholarship

Downloads :-

Universiti Teknologi Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang memohon untuk memasuki UTM adalah berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi pengajian 2013/2014

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

- KELAYAKAN AKADEMIK
  • Lulus dalam STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75
  • Lulus matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75
  • Keutamaan akan diberikan kepada pelajar cemerlang dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Kokurikulum
- SYARAT-SYARAT LAIN
  • Pemohon memasuki tahun pertama dan mengikuti pengajian sepenuh masa bagi Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi pengajian 2012/2013
  • Pemohon tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia
  • Lulus dalam temuduga pemilihan yang akan dijalankan
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon yang meletakkan program UTM sebagai pilihan pertama
NILAI BIASISWA

Nilai biasiswa yang ditawarkan adalah RM 12,000.00 setahun

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan pada 14 Jun 2013

 

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh didapati dan dimuat turun di laman web UTM (http://www.utm.my/prospectus/endowment-scholarship/) atau pemohon boleh hadir sendiri ke Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM Johor Bahru untuk mendapatkan borang tersebut.
Semua permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:-
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)
Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Johor Darul Takzim
(U/P : Unit Bantuan Kewangan)

 

Salinan dokumen sebagai sokongan permohonan perlu mendapat pengesahan dari Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
Sila sertakan sekali salinan borang permohonan ke IPTA secara online.

 

Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga dan keputusan panel temuduga adalah muktamad.

 

Sebarang pertanyaan sila emelkan kepada; norfaeza@utm.my / juliah@utm.my