SIMPOSIUM KEBANGSAAN FIQH SAINS DAN TEKNOLOGI (FST'09)
Tema: Fiqh Pemacu Tamadun Sains dan Teknologi
anjuran Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST) UTM dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor Simposium kali pertama peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi (CFiRST), UTM. Simposium dua hari ini merupakan inisiatif bagi menyediakan satu platform untuk para cendekiawan Islam membincangkan isu-isu Fiqh Sains dan Teknologi. Simposium ini dijangka akan membuka peluang kerjasama saintifik antara agensi dan individu di peringkat kebangsaan untuk berkongsi penemuan berkenaan aktiviti-aktiviti dalam bidang Fiqh Sains dan Teknologi. Objektif simposium ini adalah untuk: 1. Mewujudkan hubungan kerjasama serta rangkaian penyelidikan di kalangan pakar, ilmuan, penyelidik, profesional, golongan korporat dan aktivis Fiqh Sains dan Teknologi berhubung isu – isu semasa. 2. Menyebarkan maklumat berguna dalam aktiviti-aktiviti sains dan teknologi berlandaskan prinsip-prinsip fiqh. 3. Menjadi wadah bagi para pakar membincangkan kaedah dan hala tuju penyelidikan berkaitan isu-isu saintifik Fiqh Sains dan Teknologi. 4. Menggalakkan penyelidikan dalam Fiqh Sains dan Teknologi untuk diketengahkan dalam masyarakat. 5. Mengenalpasti skop dan tren penyelidikan yang relevan bagi penyelidik untuk diketengahkan kepada masyarakat dan golongan profesional. KUMPULAN SASARAN Peserta – peserta simposium ini dijangkakan terdiri daripada ahli-ahli akademik daripada IPTA/S di Malaysia, pegawai – pegawai di Jabatan Mufti, Majlis – Majlis Agama Negeri, syarikat swasta dan kumpulan profesional yang terlibat dalam bidang pengurusan sains dan teknologi. Simposium ini mensasarkan peserta seramai 300 orang. TARIKH 10 - 11 Disember 2009 TEMPAT HOTEL GRAND PARAGON, Jalan Harimau, Taman Century, Johor Bahru JADUAL PROGRAM PEMBENTANG-PEMBENTANG UTAMA
|  | Profesor Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Haji Ab. Majid PROFESSOR DI JABATAN FIQH & USUL, UIAM Mempunyai kepakaran dalam bidang Syariah. Kini menjawat jawatan Timbalan Dekan ISTAC, UIAM. Merupakan mantan Pengarah Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, ahli panel Syariah Public Bank dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pendidikan Islam (LEPAI) di bawah Majlis Raja-Raja. | |  | Dato' Haji Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abdul Aziz KETUA PENGARAH JAKIM Mula bertugas di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 1982. Beliau juga merupakan bekas Ketua Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pernah mengetuai Bahagian Penyelidikan, JAKIM dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM pada 2004. Kini Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. | |  | Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang NAIB CANSELOR UTM Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang adalah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Merupakan tokoh dalam bidang Kejuruteraan Air Pengurusan Bersepadu Ekosistem, Industri Ekologi dan Alam Sekitar di Malaysia. Kepakaran utama dalam bidang rawatan air dan air sisa menggunakan kaedah inovatif seperti Teknologi Membran dan Cleaner Production. Penerima termuda Anugerah Merdeka 2009 dalam kategori Pencapaian Ulung Akademik. Turut menyandang jawatan Felo Akademik Sains Malaysia, Penasihat Kanan Prince Khalid Ibn Sultan, Chair of Water Research, King Saud University, Arab Saudi, Pengerusi Kualiti Alam Sekitar Malaysia, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Malaysia (SPAN) dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia (2007-2011). Merupakan mantan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli, UTM, Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa dan Pengerusi Kumpulan Pakar Negara Membangun bagi Teknologi dan Pengurusan Air. | |  | Prof. Dato’ Dr Mohd Yusof Haji Othman PENGARAH INSTITUT ISLAM HADHARI, UKM Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Haji Othman pakar dalam bidang Fizik dan Falsafah Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah menyandang jawatan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UKM sehingga 2007. Menerima Anugerah Saintis Cemerlang 2004 dan 2005 dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Di anugerahkan WREN PIONEER oleh World Renewable Energy Council / Network (2004), Anugerah Penghargaan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427H (2007), Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1428H Peringkat Negeri Pulau Pinang (2008). Kini merupakan Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM. | |  | Hj. Abdullah Fahim A. Rahman HALAL CONSULTANT Tuan Hj. Abdullah Fahim mantan Pengarah Penyelidikan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (1993-1998) di Jabatan Perdana Menteri. Banyak terlibat dalam penyediaan kertas kerja kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu berkaitan halal. Ketika beliau memegang jawatan Pengarah Penyelidikan, persijilan dan logo halal diperkenalkan oleh JAKIM iaitu pada tahun 1994. Menubuhkan syarikat sendiri yang menjalankan perundingan dalam pengiktirafan halal di peringkat nasional dan antarabangsa. Kini merupakan Setiausaha Kehormat World Halal Food Council sejak tahun 2002. Berpengalaman luas dalam pengauditan halal dan persijilan khususnya rumah penyembelihan, makanan, kosmetik dan makanan tambahan. Menyertai IFANCA atau dikenali South East Asia Representative dan telah menubuhkan Associated World Halal Organization (AWHO). | |  | Dato’ Hj. M. Tahrir bin Kiyai Dato’ Hj. Samsudin MUFTI NEGERI JOHOR Dato’ Hj. M. Tahrir bin Kiyai Dato’ Hj. Samsudin, SPMJ., PIS. merupakan Mufti Negeri Johor di Jabatan Mufti Johor. Mempunyai kepakaran dalam bidang Syariah. Merupakan mantan Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Jabatan Agama Johor (1992-2004), Timbalan Mufti Negeri Johor (1998-2008) dan Pengarah MARSAH (2003-2008). | YURAN PENYERTAAN* | Professional | RM400 seorang | | RM350 seorang (berkumpulan 5 orang atau lebih) | | Pelajar IPT | RM100 seorang (terhad 50 orang) | KAEDAH BAYARAN Bayaran hendaklah melalui cek berpalang / bank deraf atau kiriman wang elektronik atas nama: BENDAHARI UTM No. Akaun: 0118-0000001-05-1 Nama Bank: CIMB Bank Berhad Cawangan: UTM Skudai, Johor PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Pn. Sapiah Sulaiman (019-7540079) Cik Fadzlin Md. Sairan (019-7357878) Sekretariat FST’09 di alamat: K-Economy Research Alliance, Aras 3, Blok F54, Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor Tel./Faks : 07-5537829 Emel:
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
/
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Muat turun : Brosur FST'09

Tema : Fiqh Pemacu Kemajuan Sains dan Teknologi Bidang : - Isu - isu semasa sains dan teknologi
- Isu halal dalam pemakanan
- Etika dalam kajian sains dan teknologi
- Etika dalam pengeluaran makanan
- Makanan berkhasiat
- Pemikiran fiqh dalam sains
- Fiqh dan teknologi
- Fiqh tradisional dan fiqh moden
- Fatwa dan keperluan semasa
- Falsafah sains dan teknologi
- Sumbangan Saintis Muslim dalam kemajuan ummah
- Fiqh di alam Melayu
- Psikologi dan pemakanan
Format: Jenis “font” | “Times New Roman” | Saiz “font” | 12 | “Spacing” | 1.5 | Halaman | Tidak melebihi 20 mukasurat |
Sila hantar kertas kerja melalui emel dalam format “Microsoft Word” kepada: a)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
(Prof. Madya Dr. Ramli bin Awang, 019-7352807) b)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
(Tuan Sayed Mahussain bin Sayed Ahmad, 012-7283158) c)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
(Prof. Madya Aminuddin bin Ruskam, 019-7364142) Yuran Kertas Kerja Sisipan : RM 200 Tarikh akhir menghantar kertas kerja: 1 Disember 2009 |