Halaman Utama

Menurut Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), penggunaan ruang dan peralatan pekerjaan memerlukan pengawasan serta prosedur kerja yang selamat.  Dengan ini, adalah amat perlu UTM mempunyai satu jentera pemantauan keselamatan yang berkesan. Oleh itu, Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) UTM telah diwujudkan sebagai akuan janji/jaminan Universiti dalam usaha menyalurkan perkhidmatan yang bertetapan dengan matlamat dan objektif Universiti bagi mewujudkan suasana kerja yang selamat, selesa dan kondusif.