Kemalangan Semasa Bekerja/Di Tempat Kerja.

Keratan Akhbar hari ini (28 Jun 2014/The STAR/KOSMO/Sinar HARIAN/Harian METRO/Berita HARIAN)

Kemalangan Semasa Bekerja/Di Tempat Kerja.

Lagi kemalangan maut melibatkan dihempap tembok pagar. 3 maut ketika kerja–kerja pemasangan pembentung untuk menyiapkan sistem perparitan di sebuah kilang di Jalan Angsana Mas, Kawasan perindustrian Tebrau 2. Tembok sepanjang 10 meter dan ketinggian 2.4 meter runtuh ketika mereka sedang bekerja di dalam parit yang berdalaman 1.5 meter.

Kemalangan tempat kerja meningkat

Keratan Akhbar hari ini (27 Jun 29014/Sinar HARIAN)

Kemalangan Di Tempat Kerja/Semasa Bekerja.

Menurut statistik JKKP Ng Johor – Kemalangan industri di Ng Johor yang direkodkan dari awal tahun sehingga Mei 2014 – mencecah 26 kes. 50 peratus daripadanya membabitkan kemalangan di tapak pembinaan. Faktor penyumbang – kecuaian dan kurang menitikberatkan penggunaan alat keselamatan (PPE).

* Antara salah satu usaha Unit OSHE membuat pemantauan terhadap semua aktiviti yang dijalankan oleh pihak kontraktor. Ia bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan KKP semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan dan mengelak kemalangan di tapak pembinaan berlaku di UTM.