BULETIN KKAUTM

UCAPAN OLEH PRESIDEN KKA KEPADA STAF BARU

Skudai 12 Nov 2008- Presiden Kesatuan Kakitangan Am En. Azman Samsuri memberi sesi taklimat kepada peserta kursus Oreantasi staf baru, beliau berkata mereka amat bertuah kerana dapat menjawat jawatan dalam kerajaan oleh itu meminta mereka menjaga imej dan setia kepada organisasi dan kerajaan malaysia, katanya lagi, kesatuan amat memerlukan tenaga muda menjadi ahli untuk meneruskan tangungjawab untuk pimpinan kesatuan akan datang, segala pengorbanan dan kekuatan adalah terletak kepada ahli-ahlinya.

Beliau mengharap staf baru jika ada apa jua masaalah bolehlah merujuk kepada kesatuan, hanya kka sahajalah tempatnya yang wajar dijadikan panduan kerana ia adalah Kesatuan Sekerja yang berdaftar diatas landasan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

cebisan ucapan,
di Kursus Oreantasi staf Baru

 

CUEPACS: Serap pekerja berstatus kontrak

Kota Kinabalu 14 Nov- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyerap kira-kira 50,000 pekerja diseluruh negara yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan Tetap menjelang 2010.

Presiden CUEPACS Omar Osman berkat, langkah itu adil dan setimpal bagi membolehkan mereka turut mendapat kemudahan pencen apa bila telah menamatkan perkhidmatan.

Beliau berkata, CUEPACS tidak tahu kakitangan kerajaan berstatus kontrak ini terus diamalkan dalam keadaan negara ini sudah pun 50 tahun merdeka dan isu ini akan dikemukakan kepada kerajaan untuk perbincangan.

kita juga tidak mahu melihat kakitangan berstatus kontrak ini, ada yang diberhentikan selepas 15 tahun atau lebih berkhidmat dalam sesuatu jawatan ekoran gagal ujian penilaian prestasi.

ini kerana satu punca pekerja-pekerja berstatus kontrak tidak memberi perkhidmatan yant terbaik ialah kerana mengganggap mereka bukan kakitangan yang sebenar,katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat Perkhidmatan kakitangan Awam dan Isu Semasa di Auditorium Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dekat sini hari ini.

Katanya, perkhidmatan disektor awam tidak akan berkesan jika kerja secara kontrak masih diteruskan contohnya dengan menukar pekerja berpengalaman selama 10 tahun dengan kakitangan baru.

Menurutnya, CUEPACS mengambil berat masaalah pekerja seperti ini lebih-lebih lagi mereka yang berumur 40 tahun kerana adalah sukar bagi mereka mendapat pekerjaan di tempat lain.

"Mereka mempunyai banyak tangungan yang perlu dibayar seperti pinjaman perumahan, kereta, disamping perlu menangung kos hidup keluarga masing-masing" katanya.

Lebih malang lagi, katanya, ada antara mereka yang sudah berkhidmat selama 20 tahun tetapi tidak mendapat kemudahan bukan sahaja pencen tetapi perubatan, sagu hati dan sebagainya.

Di Jabatan Kemajuan Masyarakat sahaja ada 14,000 kakitangan bertaraf kontrak, manakala di sarawak ada 4,000 pekerja kontrak yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun tetapi masih belum diserap kejawatan tetap," katanya

Beliau berkata, ada kakitangan bukan sahaja terdiri daripada mereka yang berjawatan rendah tetapi ada juga yang memegang jawatan bertaraf Pegawai kanan sesuatu jabatan.

Petikan dari
Utusan Malaysia
Sabtu 15 Nov 2008

                                                   

                                           AMANAT

          PRESIDEN KESATUAN KAKITANGAN AM UTM
                 SEMPENA HARI PEKERJA 2009 

                   Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja pada

1 Mei 2009  kepada semua warga Kampus UTM Skudai dan Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur.

                 

                   Staf UTM adalah seorang Penjawat Awam yang ditugaskan dengan Amanah, Jujur dan Didikasi, kita harus bersyukur dalam keadaan ekonomi yang agak perlahan ramai dikalangan pekerja disektor perindustrian diberhentikan atas alasan kelembapan ekonomi dan kilang-kilang ditutup, tetapi Pekerja di Sektor Awam masih dipertahankan oleh kerana jaminan Tetap dan Berpencen. Dengan itu janganlah kita merasa bangga atas jaminan tersebut dengan tidak menjalankan tugas penuh tangungjawab .

                  

                  Saluran Kesatuan adalah yang terbaik untuk kita menyelesaikan apa jua masaalah dikalangan Pekerja dan ujudnya Akta Kesatuan Sekerja 1959 membolehkan suara pekerja disampaikan kepada pihak majikan mengikut lunas Undang-Undang dan penyelesaian terbaik adalah perundingan, ujudnya Majlis Bersama Jabatan (MBJ) adalah satu-satunya perbincangan berterusan dari pihak Pekerja dan Majikan.

                  

                  Pihak Kerajaan telah banyak menunaikan tuntutan bagi pihak Kesatuan antaranya adalah pertukaran skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada skim pencen, bayaran ex-gratia kepada ibubapa anggota awam bujang yang meninggal dunia, kenaikan kadar bantuan sara hidup (COLA) sebanyak 100 peratus. Adalah jelas agenda meningkatkan sektor perkhidmatan awam lebih tinggi setaraf dengan Negara maju.

                  

                  Beberapa cadangan yang masih diperhalusi oleh JPA yang disuarakan oleh CUEPACS berkenaan isu-isu berkaitan penambahbaikan PTK, kenaikan pangkat Kumpulan Sokongan II dan pekerja kontrak.

                  

                  Disini saya menyeru semua warga pekerja menyokong usaha yang dibawa oleh Naib Canselor Y.Bhg Prof. Dato’ Ir. Dr Zaini bin Ujang menjayakan Transformasi dengan menjalinkan kerjasama lebih erat dan produktif pusat kecemerlangan didalam dan luar UTM, KPI dinilai berdasarkan kaedah pemantauan berkesan, komitmen yang tinggi dalam kalangan pekerja terhadap kerjaya , budaya kerja berpasukan , kerja dalam harmoni akan meujudkan suasana suka datang kerja. Selain itu staf sokongan diseru meneruskan menambah ilmu menerusi kursus-kursus yang ditawarkan oleh UTM dan ini adalah landasan untuk meningkatkan kerjaya di UTM.

                   

            Marilah kita berdoa agar semua staf UTM dalam keadaan kesihatan yang baik dan jauhilah amalan yang kurang sihat seperti rasuah,  kepada staf  yang belum menjadi ahli saya menyeru membuat demikian agar sama-sama menyokong perjuangan kesatuan demi kebaikan kita bersama dengan melayari web : www.web.utm.my/kkautm

 

Sekian, Terimakasih

AZMAN BIN SAMSURI
Presiden Kesatuan Kakitangan Am UTM
AJK CUEPACS Johor
Bendahari
Gabungan Presiden & Setiausaha Kesatuan IPTA Malaysia (GAKUM)