Mini Muzium UTM

Salam 1 Malaysia,

Saya ingin mencadangkan UTM menubuhkan satu Mini Muzium yang menempatkan semua sejarah awal UTM, pembangunan UTM, tokoh-tokoh daripada UTM, hasil-hasil penyelidikan dan lain-lain.

Secara tidak langsung, pengunjung dari luar yang datang melawat UTM akan mendapat tahu serba sedikit tentang UTM dan Mini Muzium ini juga akan menjadi salah satu tempat lawatan bagi pengunjung luar.

Terima kasih.

Keselamatan UTM

Saya mencadangkan supaya diadakan sistem palang automatik di kesemua pintu masuk UTM. Dengan adanya sistem ini, hanya orang yang berkaitan sahaja dapat keluar/masuk ke dalam kampus UTM (kecuali ada acara tertentu). Staf dan pelajar telah pun mempunyai kad matrik yang boleh digunakan sebagai pas masuk pada palang automatik tersebut. Semoga mendapat manfaat dari segi keselamatan dalam kampus UTM.

Mesyuarat JKTS Peperiksaan dan Pengijazahan

Mesyuarat JKTS Peperiksaan dan Pengijazahan biasanya diadakan selepas semua fakulti bermesyuarat untuk mengesahkan keputusan peperiksaan akhir semester bagi program-program pra dan pascasiswazah.

Saya mencadangkan agar Mesyuarat JKTS Peperiksaan dan Pengijazahan (P&P) dibuat sebaik sahaja selesai mesyuarat peperiksaan di fakulti masing-masing. Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh Dekan atau wakil Senat dan turut dihadiri wakil Senat seramai dua hingga empat orang bagi mengawalselia perjalanan mesyuarat dan memutuskan apa juga bentuk keputusan mengenai keputusan peperiksaan dan pengijazahan yang biasanya dibuat di JKTS Pengajian Siswazah.

Saya cadangkan bilangan ahli Senat ditambah kepada 30 hingga 40 orang untuk tujuan melicinkan lagi proses pengesahan keputusan peperiksaan dan pengijazahan.

Kebaikan yang nyata daripada cadangan ini adalah pengurangan tempoh mesyuarat serta pengurangan jumlah jam staf (man-hour) yang terlibat dengan mesyuarat berkenaan.

Construction Waste Disposal

Open to public to dispose of (guided) construction waste e.g. concrete blocks, broken bricks, unused earth etc. into UTM land for land reclaiming, for example, near the UTM highway to Pontian rather than making ponds during raining seasons.

Tasik UTM

Saya cadangkan tasik-tasik di sekitar UTM diberikan kepada beberapa PTJ/jabatan yang berminat dan komited untuk dijadikan ‘keluarga angkat’ agar keceriaan dan kebersihan dapat dipertingkatkan. Di samping itu, pelbagai aktiviti dapat dianjurkan secara mingguan, bulanan atau tahunan.

Pakaian Seragam bagi Staf N17

Assalamualaikum.

Saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan pakaian seragam bagi staf N17. Sepertimana staf N01/N04 dan J17, mungkin pakaian seragam bagi N17 boleh lebih kepada kain pasang untuk dibuat baju kurung menggunakan warna tertentu. Jika boleh, UTM menaja sepasang atau dua dan selebihnya staf boleh membeli sendiri. Ini bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan bagi membeli baju dan tudung. Malah staf akan berpakaian lebih kemas dan sopan mengikut garis panduan UTM.

Waktu Bekerja Hari Khamis sehingga Jam 1:00 Petang (Separuh Hari)

Melihat kepada impak bekerja pada petang Hari Khamis daripada jam 2.00 petang – 3.30 petang di UTM Johor Bahru, saya mencadangkan agar tempoh masa bekerja rasmi pada Isnin, Selasa dan Rabu (3 hari sahaja) dipanjangkan 30 minit, iaitu masa balik rasmi jam 5.30 petang (masa asal 5.00 petang). Khamis dijadikan separuh hari bekerja, iaitu masa balik rasmi jam 1.00 petang. Ahad kekal sebagaimana jadual asal, iaitu balik jam 5.00 petang. Masa ini adalah praktikal dan boleh dirancang dengan baik dengan menukar Hari Khamis kepada bekerja separuh hari dan menambah masa 30 minit untuk hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Menaik Taraf Pejabat Pos UTM JB

Saya mencadangkan agar pihak UTM dapat menaik taraf pejabat pos sedia ada, kerana pejabat pos sedia ada agak tidak selesa untuk kegunaan ramai. Untuk keselesaan semua pengguna, saya mencadangkan supaya pejabat pos ini dilengkapi dengan sistem bernombor, tempat duduk, dan penghawa dingin. Diharap idea saya dapat diterima dan sekaligus dapat menaik taraf fasiliti yang ada. Terima kasih.

Tatacara Pemakaian Baju Melayu

Salam bahagia.

Berhubung dengan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak Universiti dan Kerajaan Negeri Johor berkaitan pemakaian Baju Melayu, saya mencadangkan supaya Universiti menetapkan tatacara pemakaian Baju Melayu (bagi yang ingin pakai) pada hari bertugas yang ditetapkan, dengan menggunakan cara pemakaian yang lengkap seperti songkok, samping dan berkasut atau sandal. Lebih elok jika menggunakan warna korporat. Sebelum ini, pemakaian Baju Melayu oleh staf di pejabat adalah berbagai cara dan tidak lengkap – mencacatkan disiplin diri si pemakai.

Sekian, terima kasih.

Pakaian Kerja secara Casual pada Hari Khamis

Saya ingin mencadangkan supaya staf lelaki memakai pakaian casual pada hari Khamis (jeans/casual pants dengan short-sleeved shirt atau T-shirt) dan staf wanita pakaian casual yang sesuai bagi memudahkan mereka meneruskan aktiviti lepas pejabat sama ada pulang ke kampung, family outing  dan lain-lain memandangkan waktu pejabat habis pada jam 3.30 petang. Masa itu boleh dimanfaatkan sewajarnya tanpa menukar pakaian kerja. Staf Air Asia, sebagai contoh, memakai jeans pada hari Ahad dan nampak lebih santai serta bermotivasi dan kerja mereka tetap bagus.