Welcome to UTM Idea Bank

The UTM Idea Bank is a platform for sharing your good ideas and thoughts with the University Management and its community at large. We welcome your creative and innovative ideas to help enhance UTM’s achievement of its goals, mission and vision.

The Idea Bank was launched in June 2010 to encourage UTM staff, students and alumni as well as other interested parties to propose ways to improve various aspects of the University and enhance its achievements. It is one of the efforts made to instil a creative and innovative culture in the UTM community through continuous contribution of constructive ideas to the University for ongoing betterment of the University in all respects.

There are six categories into which ideas put forward will be classified, i.e. general, academic, research university, commercialisation, services & facilities, and student life.

Besides posting an idea, you may also comment on others’ ideas and indicate your approval or disapproval of ideas posted.

 

 

Selamat Datang ke Bank Idea UTM

Bank Idea UTM merupakan satu platform untuk berkongsi buah fikiran anda dengan Pengurusan Universiti dan komunitinya secara umum. Kami mengalu-alukan idea kreatif dan inovatif anda untuk membantu UTM meningkatkan pencapaian tujuan, misi dan visi universiti.

Bank Idea telah dilancarkan pada Jun 2010 untuk menggalakkan staf, mahasiswa dan alumni UTM serta pihak berkepentingan yang lain untuk mencadangkan kaedah menambahbaik pelbagai aspek Universiti dan meningkatkan pencapaiannya. Ianya merupakan salah satu usaha untuk menyemai budaya kreatif dan inovatif dalam komuniti UTM melalui sumbangan idea membina secara berterusan kepada Universiti demi penambahbaikan Universiti dalam segala aspek.

Idea yang dihantar akan diklasifikasikan mengikut enam kategori, iaitu umum, akademik, universiti penyelidikan, komersialisasi, perkhidmatan & kemudahan, dan kehidupan mahasiswa.

Selain mengemukakan idea, anda juga boleh memberi komen terhadap idea orang lain dan menyatakan sokongan anda atau sebaliknya terhadap idea-idea yang dipaparkan.