+07-55 91500 icc@utm.my

ANUGERAH PEREKACIPTA 2017

 

Tujuan/ Latar Belakang

Anugerah ini diberikan kepada individu yang telah menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam aktiviti perlindungan harta intelek dan pengkomersilan harta intelek. Aktiviti perlindungan harta intelek seperti penghantaran permohonan perlindungan harta intelek (IP Disclosure Form), pemfailan dan penerimaan perlindungan harta intelek dalam pelbagai kategori. Pengkomersilan harta intelek pula dinilai dari tahap pra-komersialisasi hingga ke tahap pengkomersilan produk. Selain daripada kriteria tersebut, anugerah dan pengiktirafan dalam dan luar negeri juga diambilkira dalam penilaian tersebut.

 

Kriteria

  1. Pencalonan

 

Kategori yang dicadangkan adalah hanya satu sahaja iaitu kategori individu

Syarat Utama:

  1. Individu perlu sekurang-kurangnya satu harta intelek yang berdaftar dengan MyIPO/ ICC/ RMC
  2. Pengkomersilan harta intelek perlu melalui PTJ yang berkaitan.
  3. Semua bahan bukti adalah diwajibkan kecuali bahan bukti yang boleh diperolehi daripada ICC untuk pengesahan.

 

  1. Penilaian / Pemarkahan

 

Kriteria yang Dinilai :

  1. Invention Disclosure
  2. Pemfailan :
    • Patent / UI
    • Rekabentuk Industri
    • Cap Dagangan
    • Pemfailan Paten/ UI/ Rekabentuk Industri di luar negara
  3. Penerimaan / Pendaftaran
    • Patent / UI
    • Rekabentuk Industri
    • Cap Dagangan
    • Penerimaan/pendaftaran Paten/UI/Rekabentuk Industri di luar negara
  4. Perlindungan Hakcipta/Rekabentuk Susunatur Litar Bersepadu/’Trade Secret’
  5. Pra-komersialisasi Harta Intelek
  6. Komersilisasi Harta Intelek (sumbangan pendapatan kepada UTM):
  7. Anugerah berkaitan produk / rekacipta berkenaan :
    • UTM
    • Nasional:
    • Antarabangsa
    • Anugerah Khas/ Platinum
  1. Pengiktirafan:
    • Antarabangsa
    • Kebangsaan
    • Negeri
    • UTM

 

Hadiah

Penerima anugerah akan menerima wang tunai berjumlah RM 1,000.00 dan sijil.

Facebook
Facebook
Follow by Email
Instagram
RSS
Google+
http://www.utm.my/icc/apc-2017