Tujuan/ Pendahuluan

Anugerah Perekacipta ini diberikan kepada individu yang telah menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam aktiviti perlindungan harta intelek dan pengkomersilan harta intelek. Aktiviti perlindungan harta intelek seperti penghantaran permohonan perlindungan harta intelek (IP Disclosure Form), pemfailan dan penerimaan perlindungan harta intelek dalam pelbagai kategori. Pengkomersilan harta intelek pula dinilai dari tahap pra-komersialisasi hingga ke tahap pengkomersilan produk. Selain daripada kriteria tersebut, anugerah dan pengiktirafan dalam dan luar negeri juga diambilkira dalam penilaian tersebut.

KRITERIA PENCALONAN

Kategori yang dicadangkan adalah hanya satu (1) sahaja iaitu kategori individu.

Syarat Utama:

  1. Individu perlu sekurang-kurangnya satu harta intelek yang berdaftar dengan MyIPO/ ICC/ RMC
  2. Pengkomersilan harta intelek perlu melalui PTJ yang berkaitan.
  3. Semua bahan bukti adalah diwajibkan kecuali bahan bukti yang boleh diperolehi daripada ICC untuk pengesahan.
Penilaian / Pemarkahan

Kriteria yang Dinilai :

  1. Invention Disclosure
  • Pemfailan :
    • Patent / UI
    • Rekabentuk Industri
    • Cap Dagangan
    • Pemfailan Paten/ UI/ Rekabentuk Industri di luar negara
  • Penerimaan / Pendaftaran
    • Patent / UI
    • Rekabentuk Industri
    • Cap Dagangan
    • Penerimaan/pendaftaran Paten/UI/Rekabentuk Industri di luar negara
  • Perlindungan Hakcipta/Rekabentuk Susunatur Litar Bersepadu/’Trade Secret’
  • Pra-komersialisasi Harta Intelek
  • Komersilisasi Harta Intelek (sumbangan pendapatan kepada UTM):
  • Anugerah berkaitan produk / rekacipta berkenaan :
    • UTM
    • Nasional:
    • Antarabangsa
    • Anugerah Khas/ Platinum
  1. Pengiktirafan:
    • Antarabangsa
    • Kebangsaan
    • Negeri
    • UTM

 

Hadiah
Penerima anugerah akan menerima wang tunai berjumlah RM 1,000.00 dan sijil.
 

LAMPIRAN

BORANG PENCALONAN (LAMPIRAN)
FORMAT WRITE-UP FINALIS & PEMENANG ANUGERAH

Borang pencalonan yang telah dilengkap hendaklah diserahkan kepada Urus Setia Anugerah Perekacipta 2018.

Pejabat Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)
Pusat Industri, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor

 
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, Hubungi urus setia yang terlibat :-

  1. Cik Hafizah Binti Ithnin      07-559 1550/ hafizahithnin@utm.my
Facebook
Facebook
Follow by Email
Instagram
RSS
Google+
http://www.utm.my/icc/anugerah-perekacipta