TUJUAN/ LATAR BELAKANG

Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk merangkumi produk berasaskan dan pembangunan yang dijalankan di Malaysia dan telah dikomersialkan, memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi Negara. Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses.

KRITERIA PENCALONAN

a) Pencalonan

   Syarat kelayakan bagi Pencalonan Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk 2017 adalah seperti berikut :

  1. Penyelidik mestilah terdiri daripada Warganegara Malaysia
  2. Penyelidik merupakan Warga UTM
  3. Produk perlu berdaftar di mana-mana PTJ di UTM
  4. Kategori yang dicadangkan adalah hanya satu sahaja iaitu kategori projek/kumpulan.

 

b) Penilaian / Pemarkahan

    Kaedah Pemarkahan

    Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria utama seperti berikut:

Bil Kriteria/Item Markah
1

 

 

Produk

 

 

Pemfailan/Pendaftaran Harta Intelek Maksimum  8
Penerimaan geran/pendaftaran Harta Intelek Maksimum  20
Anugerah Antarabangsa/Kebangsaan/UTM Maksimum 10
2

 

Aktiviti Pengkomersilan

 

 

Jualan Kasar Maksimum 50
Sumbangan Pendapatan kepada Universiti Maksimum 50
MoA untuk pengkomersilan Maksimum 50
Pasaran Jualan Maksimum 35

 

Hadiah

Penerima anugerah akan menerima trofi dan sijil penyertaan (Penerima tidak perlu hadir ke Majlis Citra  Karisma).

 

LAMPIRAN

BORANG PENCALONAN (LAMPIRAN)
FORMAT WRITE-UP FINALIS & PEMENANG ANUGERAH

Borang pencalonan yang telah dilengkap hendaklah dihantar ke:-

Pejabat Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC),
Pusat Industri, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia,
81300 Skudai
Johor Bahru, Johor

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, Hubungi urus setia yang terlibat :-

1. En Mohamad Fitri Bin Khamis                            07-559 1535/  fitrikhamis@utm.my

Facebook
Facebook
Follow by Email
Instagram
RSS
Google+
http://www.utm.my/icc/anugerah-inovasi-dan-pengkomersilan-produk