UTM Logo
UTM Tagline

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un

Kenyataan Rasmi MPM UTM sesi 2010/2011, Bilangan 41

1. Sesungguhnya, kita diciptakan oleh-Nya, dan kepada-Nya juga kita dikembalikan.

2. Dukacitanya saya ingin memaklumkan kepada semua warga Universiti Teknologi Malaysia bahawa seorang sahabat kita, Saudara Mohamad Irwan Zaini, Sarjana Muda Sains Remote Sensing (2007-2011), Fakulti Geomatik & Harta Tanah telah meninggal dunia pada pukul 2:11 pagi Isnin bersamaan 1 Julai 2012 akibat penyakit leukimia.

3. Marilah kita sama-sama mensedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah agar dirahmati dan dipermudahkan baginya semua amalan-amalan beliau. Beliau telah menghidap penyakit kanser itu buat beberapa tahun. Dijangkakan beliau sepatutnya membuat pembedahan tulang sumsum namun kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif, terlibat bersama dengan saya dalam aktiviti seperti International Student Leaders Conference 2010 dan sebagainya. Semoga arwah dirahmati oleh Allah S.W.T.

4. Walaupun mungkin sesetengah daripada kita tidak mengenali arwah, namun pernahkah kita terfikir bahawa kita mungkin pernah berselisih bahu dengannya semasa ingin membeli makanan di Kafe Meranti, atau kita pernah bersalaman dengannya semasa Solat Jumaat, mungkin juga kita pernah beratur di belakangnya semasa ingin mengeluarkan duit di mesin ATM. Jadi, adalah diharapkan agar kita semua lebih menghargai sahabat-sahabat kita sebelum mereka hilang selama-lamanya.

6. Sila sampaikan pesanan ini dan salam kasih daripada kami, barisan mantan MPM kepada semua mahasiswa-mahasiswi sahabat UTM kita yang lain. Sekian terima kasih.

“Love Thyself & The People Around You”

Wan Frâny Muhtaddin Masbak,
Pemangku Setiausaha Agung,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Universiti Teknologi Malaysia sesi 2011/2012

——————————
Official Statement Release of MPM UTM session 2010/2011, Cir. 41

“Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un”

1. Indeed, we were created by Him and to Him do we return.

2. It is my informal duty I to inform all my fellow students of Universiti Teknologi Malaysia that a friend of us, Mr. Zaini Mohamad Irwan, Bachelor of Science in Remote Sensing (2007-2011), Faculty of Geomatics & Real Estate has passed away at about 2:11 am Monday or July 1, 2012 due to leukemia.

3. Let us recite Surah Al-Fatihah to the deceased and pray that he will be blessed. He had been suffering from cancer for several years. It is expected he should have underwent surgery for bone marrow, still we can only plan, but God disposes. He is an active student, involved in activities such as International Student Leaders Conference 2010 with me and so on. May Arwah be blessed by Allah S.W.T.

4. Although perhaps some of us do not know Arwah, but have we thought that we might have been at odds with Arwah, rubbing shoulders to buy food at Cafe Meranti, shake hands with him during Friday prayer, perhaps we have lined up behind him to withdraw money in the machine ATM. I hoped that all of us will appreciate our friends and our loved ones before they’re gone forever.

6. Please send our Salam and love to all our fellow friends .

“Love Yourself & The People Around You

Wan Frâny Muhtaddin Masbak,
Acting Secretary General,
Student Representative Council,
Universiti Teknologi Malaysia session 2011/2012

Speak Your Mind

*