Pendaftaran Keahlian PKA

Sila klik untuk pendaftaran keahlian PKA UTM

Read More

Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation)

saveGAZA

Di bulan yang penuh keberkatan dan galakan untuk menginfaqkan harta Persatuan Kakitangan Akademik mengajak seluruh warga UTM untuk menghulurkan bantuan kepada derita yang ditanggung oleh penduduk Gaza. PKA dengan kerjasama Aqsa Syarif dalam kempen Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation) mensasarkan kutipan sebanyak RM6,000,000.

Tabung Dana Kecemasan Gaza boleh di didapati di Fakulti dan Bahagian. Sebarang pertanyaan sila hubungi Kakitangan Akademik (PKAUTM) Dr. Abd Rahman Tamuri (019-7304813)  dan Arief Ruhullah (012-3500509).

SUBURKAN SADAQAH KURANGKAN JUADAH

 

Read More

AHLI JAWATANKUASA PKA 2013-2015

AHLI JAWATANKUASA PKA 2013-2015

PKA telah berjaya mengadakan mesyuarat agong ke 40 pada 13 Dis 2013. (Jumaat).

Read More

SALAM AIDIL FITRI

Assalamualaikum. PKA mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri kepada semua warga akademik. Taqabalallahu Minna Wa Minkum. Kullu Am Wa Antum Bi Khair.     Maaf Zahir & Batin

aidilfitri Dr Aminuddin Ruskam al-Dawamy
Presiden PKAUTM

Read More

MAAC Mohon Bela Nasib Ahli Akademik IPTA

Berikut adalah kenyataan akbar pengerusi MAAC berkaitan pembelaan nasib ahli akademik

MACC mohon bela nasib ahli akademik IPTA
PROF MADYA DR MOHD IDRUS MOHD MASIRIN
Pengerusi Majlis Persatuan Akademik Universiti Malaysia (MAAC)

PADA masa negara melaksanakan transformasi nasional, nasib para ahli akademik di universiti khususnya di IPTA perlu dibela.

Amanat tahun baharu Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pada Januari 2013 baru-baru ini di Putrajaya telah menggariskan lapan perkara yang antara lain ialah merekayasa IPT, menjana ekonomi berinovasi, kualiti IPT, memperkukuhkan kebolehpasaran graduan, pemetaan baharu pengantarabangsaan dan pendidikan untuk semua.

Ini merupakan KPI bagi KPT dan IPT. Apabila amanat ini menjadi KPI, KPT dan IPT, maka pensyarah dan pengajar di IPTA perlu melaksanakan KPI tersebut agar ia tercapai.

Oleh itu ia menambahkan lagi kepada kerja atau beban tugas yang sedia ada walaupun insentif dan isu kebajikan mereka kurang menjadi prioriti dan diperjuangkan.

Ahli akademik di IPTA adalah sekumpulan insan yang jarang sekali kita dengar mengutarakan tuntutan mereka di akhbar atau media massa, seperti yang telah dilakukan oleh profesion lain di negara ini.

Ini mungkin disebabkan mereka dilahirkan untuk mengelakkan kontroversi sehinggakan kebajikan mereka sanggup diuruskan oleh orang lain.

Tidak seperti guru-guru dan kaum nelayan serta profesion lain seperti kastam, bomba dan tentera, pensyarah universiti lebih dilihat dan dituntut kesarjanaan mereka dan perlu berkorban daripada sibuk menuntut kebajikan mereka dijaga.

Jika mereka menuntut itu dan ini, mereka dianggap tidak profesional dan tidak sarjana.

Kita tidak menyangkal terdapat IPTA yang berusaha untuk membantu memartabatkan staf akademik mereka tetapi, pada masa yang sama mempunyai kekangan dalam melaksanakannya.

Pada ketika ini, ahli akademik di IPTA Malaysia adalah seramai 28,000 orang.

Mereka mendidik dan sentiasa berinteraksi dengan lebih 350,000 pelajar matang di seluruh negara.

Ini adalah angka yang tinggi berbanding dalam tahun 70an hingga 90an.

Apabila bilangan pelajar bertambah, maknanya tugas pensyarah juga bertambah. Kalau dulu universiti hanya mensasarkan 5P sebagai fokus tugas pensyarah iaitu Pengajaran, Penyeliaan, Penyelidikan, Penerbitan dan Pentadbiran, kini pensyarah perlu memfokus kepada 9P iaitu ditambah dengan Perundingan, Perkhidmatan Masyarakat, Perhubungan dan Jalinan Industri serta Pengantarabangsaan.

Namun, nasib pensyarah tak diperjuangkan seperti mana nasib guru-guru diperjuangkan dan profesion mereka diangkat setaraf dengan kehendak dan proses transformasi negara.

Sudah sampai masanya pihak kerajaan memberi perhatian berat kepada kebajikan pensyarah yang rata-rata mendokong aspirasi dan initiatif transformasi negara ke arah Negara maju berpendapatan tinggi.

http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130218/fo_04/MACC-mohon-bela-nasib-ahli-akademik-IPTA

Read More

Bengkel MAAC Di UPM

Sebagai anggota gabungan Majlis Persatuan Kakitangan Akademik Malaysia, PKA menghadiri bengkel MAAc di UPM. PKAUTM di wakili oleh PM Dr Aminuddin Ruskam (Presiden) dan Dr Abdul Rahman Tamuri (Setiausha). Bengkel pada hari ini membincangkan SSU yang telah dimajukan kepada kerajaan dan halatuju serta MAAC dalam kontek perjuangan dan masa depan para akademia. Antara isu yang dibincangkan ialah perancangan dan masa depan MAAC, simposium, atonomi universiti, laluan kerjaya akademia, kebajikan, pengantarabangsaan universiti, sumbangan dan impak akademia kepada komuniti.

 

Read More

Bengkel Website PKA UTM

Bengkel Website PKA sedang diadakan seperti berikut:

Tarikh: 7 Januari 2013

Tempat: Bilik Mesyuarat, Jabatan Fizik, Fakulti Sains

Masa: 2.30 – 4.30 petang

 

Read More

Bengkel Semakan Polisi & Kreteria Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM

Presiden PKA di jemput menyertai Bengkel Semakan Polisi & Kreteria Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM yang di adakan di Hotel Seri Pacific KL pada 22-24 Okt 2012

Presiden PKA

Read More

Bengkel Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam

Aslkm. Bengkel Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Awam 12-14 Jun 2012 Di Hotel Classic Muar Johor. Mesyuarat sedang berlangsung. perbincangan kumpulan gred 41 -54 digabungkan dengan persatuan2 gabungan dibawah CUEPACS.. MAAC di wakili oleh pka utm, ukm, upsi, uitm & uthm. PKAUTM diwakili Presiden dan Setiausha. Pengerusi kumpulan PM Datin Dr Noor Aziah (MAAC-PKAUKM).

PM Dr Aminuddin Ruskam al-Dawamy
Presiden PKAUTM

Read More

Bengkel Prancangan Pelaksanaan Prospek

PKA di jemput menghariri bengkel tersebut pada 15-17 Feb 2012 di Hotel Seri Pacifik Kuala Lumpur. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan (HDC). PKA menghantar 3 wakil iaitu PM Dr Aminuddin Ruskam, PM Dr Zakaria Mohd Yusof dan Dr Faizul Amri.

Read More