MANCING@UTM

Pelaksanaan Program Mancing@UTM diwujudkan bagi memberi satu lagi landskap terbaharu UTM sebagai sebuah universiti berkonsepkan Kampus Edupelancongan dan Lestari. Menerusi program yang berkonsepkan permit harian dan bulanan memancing, semua tasik-tasik di kampus UTM Johor Bahru telah diwartakan sebagai Zon Memancing iaitu di kawasan-kawasan berikut:

(a) Tasik Desa Bakti;

(b) Tasik Ilmu I;

(c) Tasik Ilmu II;

(d) Terusan UTM; dan

(e) Tasik Outward Bound, Fakulti Pendidikan.

Program Mancing@UTM telah dikuatkuasakan mulai 8 November 2018 Diharapkan menerusi program yang diadakan akan menceriakan lagi persekitaran kampus UTM Johor Bahru menjadi lebih ceria, menarik serta inspiratif.

Permit harian / bulanan boleh diperolehi daripada agen-agen yang dilantik secara rasmi seperti berikut:

(a) Sdra. Firdaus Wahyuddin: 019-7234367;

(b) Sdra. Abdul Samad Abdul Razak: 012-7218963;

(c) Sdra. Shahrul Nizam bin Mahmod: 010-7154004; dan

(d) Wakil KKA UTM (akan dimaklumkan kemudian.

1. WAKTU MEMANCING (DIBENARKAN)  

  • Lokasi

    Hari Masa
    1. Semua lokasi yang diwartakan Ahad – Khamis 9.00 – 10.00 malam
     Jumaat, Sabtu & Cuti Umum 8.00 – 11.00 malam
  •  

2. KADAR PERMIT BAGI PROGRAM MANCING@UTM 

  • Jenis Permit

    Kategori Kadar permit (RM)
    1. Permit Harian  Pelajar / Staf 5.00
    Orang Awam 10.00
    2. Permit Bulanan (6 bulan)  Pelajar / Staf 80.00
    Orang Awam 150.00

Kadar permit adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

3. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PEMBERIAN LESEN PROGRAM MANCING@UTM

  1. Semua permit hendaklah diperolehi daripada agen-agen yang dilantik oleh Unit Kampus Edupelancongan, Kluster Sukan, Rekreasi & Edupelancongan, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). 
  2. Pihak berkuasa UTM berhak memberhentikan sebarang aktiviti memancing sekiranya permit harian / bulanan gagal dipamerkan sekiranya diperiksa.
  3. Semua hasil jualan permit memancing di UTM akan digunakan untuk menampung pembelian / pemuliharaan pelbagai spesies ikan yang akan diletakkan di tasik-tasik tersebut dari semasa ke semasa.
  4. Hanya dua batang kail / joran dengan satu kail tunggal sahaja yang dibenarkan untuk setiap pemancing.
  5. Aktiviti menjala / memukat / menangguk ikan beserta dengan menahan rawai tidak dibenarkan sama sekali.
  6. Penggunaan mata kail yang tidak bertaji (barbless hooks) dan aktiviti memancing secara “tangkap dan lepas” amatlah digalakkan.
  7. Umpan yang menyebabkan pencemaran air tidak dibenarkan sama sekali.
  8. Semua pemancing adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan Universiti yang sedang berkuatkuasa.
  9. PENAFIAN: UTM tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan harta benda, kemalangan, kos rawatan / perubatan dan kematian sepanjang aktiviti-aktiviti memancing dijalankan di sekitar tasik-tasik di UTM Kampus Johor Bahru.

PERTANYAAN:

Pengurus Kanan,

UTM Kampus Edupelancongan

Kluster Sukan, Rekreasi & Edupelancongan

Bahagian Pengurusan Perniagaan

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

81310 UTM, Kampus Johor Bahru.

Telefon: 07-553 0167 / 1216

Emel: campus.edutourism@utm.my

Faks: 07-5530582

Tarikh Kemaskini: 27 Februari 2019.