IRC International Rubber Conference 2018, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

4/9/2018 – Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail, Tim Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM telah menyampaikan plenary lecture dalam IRC International Rubber Conference 2018 bertajuk Sustainable Water Management for the Rubber Industry yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Seramai 5 orang speaker telah menyampaikan syarahan dalam kepakaran masing-masing antaranya adalah J.F.Low Dennis, Presiden Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association, Y.Ikeda, daripada Director Center for Rubber Science and Technology, Kyoto Institute of Technology. Perasmian konferen ini telah disempurnakan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Konferen ini adalah anjuran bersama Plsatics and Rubber Institute Malaysia (PRIM), International Rubber Conference Organization, Malaysia Rubber Board, Malaysia Rubber Glove Manufacturers Association, Malaysian Rubber Producat Manufacturer, Institute Kimia Malaysia dan Malaysia Rubber Export Promotion Council.