Maklumat Umum:
Mass Appraisal ialah satu pendekatan penilaian moden yang khusus dipraktikkan dalam penilaian cukai harta. Pendekatan ini sangat cepat, mudah dan murah berbanding kaedah manual yang masih diamalkan oleh majoriti PBT di Malaysia. Kaedah manual ini mengambil masa yang lama dan melibatkan kos yang agak besar. Mass appraisal menggunakan komputer yang dinamakan Computer Assisted Mass Appraisal (CAMA). Sistem CAMA telah digunakan dengan meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Denmark, Australia, New Zealand dan lain-lain. Negara-negara membangun juga telah menggunakan sistem CAMA seperti Kenya, Tanzania, Thailand, Singapura dan lain-lain. Penggunaan Sistem CAMA telah didedahkan oleh pihak UTM dan telah diaplikasikan oleh beberapa buah majlis PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Daerah Maran dan Majlis Daerah Segamat. Majlis Perbandaran Kuantan misalnya, telah mampu melaksanakan proses penilaian semula sendiri tanpa perlu melantik penilai swasta dan mampu menjimatkan perbelanjaan MP Kuantan sehingga beberapa juta ringgit.

Objektif Bengkel:

  1. Mendedahkan konsep dan Sejarah CAMA kepada peserta.
  2. Memberi kefahaman & pendedahan mengenai konsep asas mass appraisal (the crux of mass appraisal).
  3. Memberi kefahaman mengapa perlunya Sistem CAMA dan pembangunan kapasiti Pihak Berkuasa Tempatan dalam pentadbiran cukai harta & Standard of Mass Appraisal.
  4. Pendedahan kepada penggunaan mass appraisal yang mudah menggunakan SPSS.
  5. Kelebihan sistem CAMA kepada PBT dan contoh aplikasi sistem CAMA yang dibangunkan oleh pihak UTM.

 

Modul Bengkel:

  • Apa itu CAMA? Dulu, Kini dan Masa Depan CAMA
  • Konsep dan Intipati Mass Appraisal
  • Sistem CAMA dan Pembangunan Kapasiti Pihak Berkuasa Tempatan dalam Pentadbiran Cukai Harta
  • Amali : Contoh Penggunaan Mass Appraisal Menggunakan SPSS
Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index