Archives for April 2017

BENGKEL MASS APPRAISAL & SISTEM CAMA: PENDEKATAN & APLIKASI

Maklumat Umum:
Mass Appraisal ialah satu pendekatan penilaian moden yang khusus dipraktikkan dalam penilaian cukai harta. Pendekatan ini sangat cepat, mudah dan murah berbanding kaedah manual yang masih diamalkan oleh majoriti PBT di Malaysia. Kaedah manual ini mengambil masa yang lama dan melibatkan kos yang agak besar. Mass appraisal menggunakan komputer yang dinamakan Computer Assisted Mass Appraisal (CAMA). Sistem CAMA telah digunakan dengan meluas di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Denmark, Australia, New Zealand dan lain-lain. Negara-negara membangun juga telah menggunakan sistem CAMA seperti Kenya, Tanzania, Thailand, Singapura dan lain-lain. Penggunaan Sistem CAMA telah didedahkan oleh pihak UTM dan telah diaplikasikan oleh beberapa buah majlis PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Daerah Maran dan Majlis Daerah Segamat. Majlis Perbandaran Kuantan misalnya, telah mampu melaksanakan proses penilaian semula sendiri tanpa perlu melantik penilai swasta dan mampu menjimatkan perbelanjaan MP Kuantan sehingga beberapa juta ringgit.

[Read more…]