Kursus Pendek: Tukar Syarat Tanah Pertanian Kepada Guna Tanah Lain

Maklumat Umum:

Pembangunan harta tanah pada masa ini menjadi satu keperluan  sama ada di bandar  atau pekan kecil di seluruh Malaysia. Faktor seperti kepadatan penduduk, permintaan terhadap perumahan, permintaan terhadap tapak pembangunan industri dan ekonomi negara mendorong kegunaan tanah pertanian ditukar guna kepada tanah guna lain yang lebih memenuhi keperluan semasa dan menguntungkan. Tanah pertanian pada masa dahulu diusahakan untuk memenuhi keperluan bekalan makanan seisi rumah. Namun begitu, bekalan makanan negara pada masa ini boleh didapati dari negara luar yang jauh lebih murah berbanding dengan yang dihasilkan di dalam negeri. Walau bagaimanapun, pihak yang berkepentingan di Malaysia perlu merancang strategi bagi kepentingan bekalan makanan negara dalam konteks food security demi kelangsungan hidup masyarakat. Oleh itu, kursus ini bertujuan bagi menerangkan dan memberi pendedahan terhadap tukar syarat tanah pertanian kepada guna tanah lain serta implikasinya kepada kelestarian sumber.

Objektif:

  1. Memperkenalkan perancangan bandar & desa/zoning.
  2. Memperkenalkan tatacara tukar syarat tanah (pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman).
  3. Membuka minda untuk melihat betapa pentingnya penanaman dan pertanian kepada masyarakat keseluruhannya.
  4. Menimbangkan antara keperluan pembangunan dengan kepentingan industri makanan negara.

 

Speak Your Mind

*