Bunuh Diri: Apa Yang Perlu Anda Tahu

Nampaknya kejadiah bunuh diri di Malaysia sudah semakin meruncing. Apa tidaknya, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, seramai 731 individu dilaporkan telah membunuh diri di negara kita sejak 2007. Itu bukan jumlah yang sedikit. Dari jumlah sebanyak itu, 545 dari angka itu adalah lelaki dan selebihnya adalah wanita iaitu sebanyak 186 orang. Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia pula menunjukkan 321 kes melibatkan pasangan berkahwin, 29 bercerai, 34 balu dan 298 kes golongan bujang. Jika kita memandang pada sejarah yang lalu, purata jumlah kes bunuh diri di Malaysia dalam sehari saja sudah mencapai 7 orang. Itu tahun 2005. Saya yakin, setelah lebih kurang 6 tahun berlalu,  angkanya sudah tentu meningkat berdasarkan faktor kehidupan yang semakin menekan. Sebagai individu yang prithatin, apa yang boleh kita lakukan bagi menangani isu bunuh diri ini?  Baca seterusnya..