Dalam mengharungi kehidupan dialam pekerjaan dan alam pembelajaran, kita sering diasyikkan dengan perkara-perkara rutin yang membosankan sehingga membawa kepada kegelisahan dan ketidakselesaan. Bagi segelintir orang mereka beranggapan idea kreatif hanya berlaku pada orang yang tertentu dan bukan semua orang boleh memilikinya. Hakikat sebenar idea kreatif bukan bergantung kepada tanggapan kita samada kita adalah seorang yang kreatif ataupun tidak, tetapi ia bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir. Kita cenderung untuk yakin bahawa kita bukan seorang yang kreatif apabila tidak boleh menghasilkan sesuatu yang unik. Sebenarnya hal ini hanyalah mitos semata-mata! Kreativiti perlu dilatih, bukan dilahirkan.Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menjadikan ada seorang kreatif.
1. Bergembira & berseronok
Idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Sering kali kalau kita perhatikan, kebanyakkan idea-idea hebat datang dari orang yang suka bergaul dengan orang seronok denagan apa yang mereka lakukan.
2. Fikir macam budak
Kanak-kanak sentiasa ada idea untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan kerana mereka tidak meletakkan had atau limitasi pada sesuatu penyelesaian. Kita sebagai orang yang dewasa pula selalu meletakan limitasi pada sesuatu penyelesaian sehingga menyebabkan kita menjadi tidak kreatif.
3. Contohi ciri-ciri orang yang kreatif.
Pilihlah sesiapa sahaja yang telah membuktikan bahawa mereka ialah orang yang kreatif. Orang yang telah berjaya dengan pelbagai idea-idea menarik dan mengagumkan, mereka kebanyakkanya tidak terkongkong, tidak takut menghadapi masalah, istiqamah, bersedia untuk mengambil dan mempunyai imaginasi yang tinggi. Adakah anda berani? baca seterusnya..





