BEM Registration

PENDAFTARAN GRADUAN PROGRAM PERDANA SEPENUH MASA (SARJANA MUDA) BIDANG KEJURUTERAAN DENGAN LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA (BEM)

MAJLIS KONVOKESYEN KE-61 UTM

 

Pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah adalah wajib mengikut Seksyen 24A(1), Akta Pendaftaran Jurutera 1967 bagi jurutera yang berhasrat mengamal dan menjalankan perkhidmatan kejuruteraan di Malaysia.

Untuk itu, pihak UTM telah mengambil inisiatif untuk membantu graduan kejuruteraan untuk berdaftar dengan BEM. Kerjasama para graduan adalah dipohon untuk mengambil EMPAT tindakan berikut:

  1. Mengisi borang pendaftaran Application Form A1* secara MANUAL yang boleh diperolehi HANYA di laman web UTMLead: http://utmlead.utm.my/bem-ebulk/ (BUKAN dari laman web Lembaga Jurutera Malaysia)

Dan

  1. Mengisi borang pendaftaran secara online melalui pautan http://utmlead.utm.my/bem-ebulk/ (Pendaftaran akan mula dibuka mulai 26 APril 2018). Sila isi berdasarkan fakulti dan program masing-masing. Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan para graduan diminta untuk memastikan agar menekan butang “Submit” setelah selesai mengisi.

Para graduan juga perlu memuatnaik semua dokumen sokongan yang telah digabungkan (compile) dalam satu fail (dalam format PDF sahaja) semasa mengisi borang secara online.

Dokumen sokongan tersebut perlu disimpan (save) dalam format hitam dan putih SAHAJA dengan menggunakan resolusi rendah (tidak melebihi 10MB).

Dokumen sokongan tersebut TIDAK memerlukan pengesahan Jurutera Professional

Email pengesahan “Boleh Daftar BEM Ebulk” yang akan dihantar setelah menekan butang “Submit” borang pendaftaran online.

Dan

  1. Membayar yuran pendaftaran sebagai Jurutera Siswazah BEM berjumlah RM50.00, HANYA di kaunter Pejabat Bendahari UTM sahaja. Kaedah pembayaran lain adalah TIDAK DIBENARKAN. Sila bawa bersama email pengesahan “Boleh Daftar BEM ebULK” semasa membuat pembayaran. Bayaran hanya boleh dilakukan pada 29 April – 10 Mei 2018 SAHAJA. Bayaran selepas tarikh tersebut TIDAK akan diterima.

 

  1. Para graduan dikehendaki mengemukan dokumen ini di Pejabat UTMLead :
    • borang bayaran BEM (yang dilampirkan bersama Borang Pendaftaran “Application Form A1”) yang telah ditandatangani oleh Pejabat Bendahari DAN
    • Menghantar borang tersebut (hard copy) kepada Pejabat UTMLead seperti alamat berikut:

Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLead)

Blok F54, Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru                          

 

Tarikh akhir penyerahan dokumen-dokumen di atas (sama ada dokumen hard copy, online dan dokumen soft copy yang dihantar melalui emel) adalah pada 22 November 2018 (sebelum jam 3.30 petang)

 

 

ARAHAN PENGHANTARAN BORANG DAN DOKUMEN SOKONGAN:

*Borang Pendaftaran “Application Form A1” boleh dimuat turun (download) dari laman web UTMLead: http://utmlead.utm.my/bem-ebulk/ menerusi kaedah berikut:

  1. Klik pada Tab “A1 Application Form (hard copy – to be printed)”.
  2. Borang Pendaftaran “Application Form A1” tersebut perlu dicetak dan diisi dengan lengkap, termasuk Borang Bayaran BEM, dan dilekatkan gambar serta ditandatangan pada muka surat 2 dan 5.

 

**Senarai dokumen sokongan yang perlu dimuatnaik selepas mengisi borang secara online adalah seperti berikut:

  1. Salinan skrol/sijil ijazah
  2. Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  3. Salinan transkrip ijazah
  4. Salinan skrol/sijil diploma (jika berkaitan)
  5. Salinan transkrip diploma (jika berkaitan)

*  Membuat bayaran sebanyak RM50.00 di pejabat Bendahari UTM. Sila bawa email ‘Boleh Daftar BEM eBulk’ DAN Borang bayaran semasa membuat pembayaran di pejabat Bendahari. Email ‘Boleh Daftar BEM eBulk’ akan dihantar selepas pendaftaran secara online selesai dilakukan.

NOTA : Pendaftaran secara online akan dibuka bermula pada 8 – 22 November 2018.

Tarikh Pelaksanaan Aktiviti Proses Pendaftaran BEM (bagi Graduan Konvokesyen ke-61UTM :

Program Sarjana Muda Sepenuh Masa Sahaja

Download (PDF, 180KB)

PERINGATAN PENTING

Pihak UTMLead tidak akan menerima apa-apa dokumen yang dihantar selepas 22 November 2018.. Graduan yang tidak menyerahkan dokumen pendaftaran yang lengkap – borang hardcopy dan online seperti yang dinyatakan di atas mengikut tarikh yang ditetapkan, perlu menguruskan sendiri  pendaftaran dengan BEM dan sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi nazlin@utm.my

 

Pusat Kepimpinan Akademik & Pembangunan Profesional (CALPD)

UTMLead