Mutiara Kata 5

background-1background-1

Nasihat Imam al-Ghazali dalam Kitab al-Mawaa’iz:

Bahawasanya Allah s.w.t telah berfirman di dalam di dalam sebuah hadis Qudsi yang mafhumnya:

“Hai anak-anak Adam! Aku sungguh hairan kepada orang-orang yang yakin dengan kematian, akan tetapi bagaimanakah ia masih boleh bergembira?”

“Aku hairan melihat mereka yang percaya adanya sesuatu perhitungan, akan tetapi kenapakah ia masih leka mengumpulkan harta?”

“Aku hairan orang-orang yang yakin dengan wujudnya alam kubur, lalu bagaimanakah ia maih boleh ketawa?”

“Aku hairan dengan orang yang yakin bahawa dunia ini akan musnah, tetapi bagaimanakah ia masih tenang di atasnya?”

“Aku hairan melihat orang yang alim lidahnya tetapi jahil hatinya.”

“Aku hairan orang yang membersihkan dengan air tetapi tidak dengan hatinya.”

“Aku hairan orang yang suka mengambil tahu keburukan orang lain sedangkan ia lupa dengan keburukan dirinya. Atau orang yang tahu sesungguhnya Allah akan membongkar segala maksiat yang dilakukan, atau orang yang tahu ia akan mati keseorangan di dalam kubur serta akan dihisab keseorangan, bagaimanakah ia masih lagi bersukaria sesama manusia?”

“Tidak ada Tuhan selain Aku dan Muhammad itu hamba-Ku dan Rasul-Ku.”