(6)07 – 5537645/7573 admission@utm.myugradutm.my

Academic Awards

Anugerah Pelajaran Diraja | Royal Education Award

Anugerah ini disumbangkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Malaysia dan dianugerahkan kepada DUA orang mahasiswa yang cemerlang yang mendapat Ijazah Kelas Pertama, iaitu seorang mahasiswa Melayu/Bumiputera dan seorang mahasiswa Bukan Bumiputera. Setiap penerima akan menerima ganjaran khas yang ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja Malaysia. Ganjaran khas ini adalah dalam bentuk cek/wang tunai, Pingat Jaya Cemerlang, dan sijil penghargaan.

The award is a contribution from the Keeper of The Ruler’s Seal of Malaysia and given to two outstanding First Class graduates comprising one Malay/Bumiputera graduate and one Non-Malay/Non-Bumiputera graduate. Each recipient will receive a special token determined by the Keeper of The Ruler’s Seal of Malaysia, in the forms of cheque/cash, Pingat Jaya Cemerlang and Certificate of Commendation.

 

Anugerah Canselor | Chancellor Award

Anugerah ini diberi kepada DUA orang mahasiswa terbaik dalam Majlis Konvokesyen yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang memenuhi kriteria dan syarat pemilihan seperti yang ditetapkan oleh universiti. Setiap penerima akan menerima medal, wang tunai dan sijil penghargaan. Anugerah Canselor juga diberi kepada DUA orang siswazah pasca ijazah.

The Chancellor Award is given at Convocation Ceremony to two excellent graduates who have obtained the First Class for their Bachelor Degree and fulfilled the selection criteria and conditions set by the university. Each recipient will receive a medal, cash and Certificate of Commendation. This award is also given to two postgraduate candidates.

 

Anugerah Pro-Canselor | Pro-Chancellor Award

Anugerah ini diberi kepada DUA orang siswazah terbaik Doktor Falsafah, DUA orang siswazah terbaik Sarjana (penyelidikan), DUA orang siswazah terbaik Sarjana (kerja kursus dan penyelidikan), dan DUA orang siswazah terbaik Sarjana (kerja kursus) dalam setiap Majlis Konvokesyen yang memenuhi kriteria dan syarat pemilihan seperti yang ditetapkan oleh universiti. Setiap penerima akan menerima medal, wang tunai dan sijil penghargaan.

The Pro-Chancellor Award is given to two outstanding Doctor of Philosophy graduates, two excellent Master graduates in research, two best Master graduates in course work and research, and two best Master graduates in course work at the Convocation Ceremony. The recipients chosen have fulfilled the selection criteria and conditions set by the university. Each recipient will receive a medal, cash and Certificate of Commendation.

 

Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah Bt. Hj. Hashim | Tun Fatimah Bt. Hj. Hashim Gold Medal Excellence Award

Anugerah ini adalah sumbangan daripada keluarga Allahyarham Tan Sri Dato’ Abdul Kadir Bin Yusof dan Allahyarhamah Tun Fatimah binti Hj. Hashim, melalui Yayasan Kadir & Fatimah. Anugerah ini diperuntukkan kepada seorang graduan wanita yang telah menunjukkan pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang. Anugerah adalah dalam bentuk Pingat Emas dan wang tunai.

This award is a contribution by the family of the late Tan Sri Dato’ Abdul Kadir Bin Yusof and Tun Fatimah Bt. Hj. Hashim through the Kadir & Fatimah Foundation. This award is given to a female graduate who has shown excellence in academic and co-curricular activities. The award is in the forms of a gold medal and cash.

 

Anugerah Naib Canselor | Vice-Chancellor Award

Anugerah diberikan kepada SEORANG mahasiswa terbaik bagi setiap Fakulti, Program Perdana UTMSPACE, dan juga program separuh masa UTMSPACE yang memenuhi kriteria dan syarat pemilihan seperti ditetapkan oleh universiti. Setiap penerima daripada Fakulti dan UTMSPACE akan menerima hadiah berbentuk medal, wang tunai, dan sijil penghargaan.

The award is given to the most outstanding graduate from each faculty, UTMSPACE mainstream programmes and also part time programmes who have met the selection criteria and conditions set by the university. Each recipient from the faculties and UTMSPACE will receive the award in the forms of a medal, cash and Certificate of Commendation.

 

Anugerah Gemilang Akademik | Academic Excellence Award

Anugerah ini diberikan oleh universiti kepada SETIAP mahasiswa Sarjana Muda yang memperoleh pencapaian akademik sempurna untuk bergraduat, iaitu PNGK 4.00 tanpa mengira penglibatan dan sumbangan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti akademik yang lain. Mahasiswa hendaklah mendapat PNGK 4.00 pada setiap semester pengajian. Syarat dan kriteria lain adalah seperti ditetapkan oleh universiti. Setiap penerima akan menerima wang tunai, medal, dan sijil penghargaan.

This award is given by the university to each Bachelor Degree graduate who obtained perfect academic achievement with a CGPA of 4.00 without taking into consideration his/her involvement and contribution to the academic and non-academic activities. The graduates must attain a CGPA of 4.00 for each academic semester. Other conditions and criteria areas determined by the university. Each recipient will receive cash, medal and Certificate of Commendation.

 

Anugerah Kecemerlangan MIMOS | MIMOS Excellence Award

Anugerah diberi kepada graduan ijazah Doktor Falsafah yang cemerlang menjalankan penyelidikan dalam salah satu bidang teras MIMOS:

This award is given to excellent a Doctor Philosophy Graduate who have shown research excellence in any one of the following MIMOS thrust area:

  •  Advanced Informatics
  •  Advanced Information Security
  •  Grid Computing
  •  Knowledge Technology
  •  Micro Systems & MEMS (Micro Electro Mechanical System)
  •  Wireless Communications
  •  Advanced Analysis & Modeling System (ADAM)
  •  Green Technology
  •  Nano Electronics
  •  Psychometrics

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik Lembaga Jurutera Malaysia | Board of Engineers Malaysia Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang daripada mana-mana program kejuruteraan. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai dan sijil. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Lembaga Jurutera Malaysia.

This award is given to a Bachelor Degree graduate who has shown excellent achievement in any engineering programme. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash and certificate contributed by the Board Of Engineers Malaysia.

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik Kejuruteraan Yayasan UEM | UEM Foundation Engineering Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dan mendapat minimum gred B bagi Projek Sarjana Muda (PSM) daripada mana-mana fakulti berikut: Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang ditentukan oleh universiti. Setiap penerima akan menerima wang tunai dan sijil. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Yayasan UEM.

This award is given to a Bachelor Degree graduate with outstanding achievements, with a minimum grade B attainment for the Undergraduate Project (PSM) from any of the following faculties: Faculty of Civil Engineering, Faculty of Electrical Engineering, Faculty of Chemical Engineering and Faculty of Mechanical Engineering. The selection criteria used in determining the candidate are as stipulated by the university. Each recipient will receive a cash prize and certificate. The award is contributed by the UEM Foundation.

 

Anugerah Kecemerlangan Akademic MALAKOFF | MALAKOFF Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada EMPAT orang graduan cemerlang, iaitu DUA orang daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan DUA orang daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang ditentukan oleh universiti. Setiap penerima akan menerima wang tunai. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada MALAKOFF BERHAD.

This award is given to four best graduates comprising two graduates from the Electrical Engineering Faculty and Mechanical Engineering Faculty. The selection criteria and conditions are determined by the university. Each recipient will receive cash contributed by MALAKOFF BERHAD.

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik UMW Holdings Berhad | UMW Holdings Berhad Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang daripada mana-mana program kejuruteraan. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang telah ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai, sijil, dan piala. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada UMW Holdings Berhad.

This award is given to a Bachelor Degree graduate who has shown excellent achievement in any engineering programmes. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash, certificate and trophy contributed by UMW Holdings Berhad.

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik WAMY Malaysia | WAMY Malaysia Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama muslim yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan bersahsiah mulia. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang telah ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada WAMY Malaysia.

This award is given to a moslem Bachelor Degree graduate who has shown excellent academic achievement and outstanding personality. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash contributed by WAMY Malaysia.

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik Yayasan EMKAY | Yayasan EMKAY Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada LIMA orang graduan ijazah pertama yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang daripada mana-mana program pengajian. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai dan sijil. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Yayasan EMKAY.

This award is given to five Bachelor Degree graduate who has shown excellent achievement in any programme. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash and certificate contributed by Yayasan EMKAY.

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik TNB | TNB Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang daripada mana-mana program pengajian. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai dan sijil. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad.

This award is given to a Bachelor Degree graduate who has shown excellent achievement in any programme. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash and certificate contributed by Tenaga Nasional Berhad.

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik FELDA | FELDA Academic Excellence Award

Anugerah tersebut diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang daripada mana-mana program pengajian. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang telah ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai dan sijil. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

This award is given to a Bachelor Degree graduate who has shown excellent achievement in any programme. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash and certificate contributed by Federal Land Development Authority (FELDA).

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik KWSP | EPF Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang daripada program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang telah ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai dan sijil. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

This award is given to a Bachelor Degree graduate who has shown excellent achievement in Bachelor of Accountancy. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash and certificate contributed by Employees Provident Fund (EPF).

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik Majlis Agama Islam Johor | Majlis Agama Islam Johor Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama muslim yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan bersahsiah mulia. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Majlis Agama Islam Johor.

This award will be given to a First Class Bachelor Degree moslem graduate who has shown excellent academic achievement and outstanding personality. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash contributed by Majlis Agama Islam Johor.

 

Anugerah Kecemerlangan Akademik PBA (PENANG) | PBA (PENANG) Academic Excellence Award

Anugerah ini diberi kepada SEORANG graduan ijazah pertama yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang daripada mana-mana program pengajian. Syarat dan kriteria pemilihan calon adalah seperti yang telah ditentukan oleh universiti. Penerima akan menerima wang tunai dan sijil. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.

This award will be given to a Bachelor Degree graduate who has shown excellent achievement in any programme. The selection criteria and conditions are determined by the university. The recipient will receive cash and certificate contributed by Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang.

 

Anugerah Akademik Shell | Shell Academic Award

Anugerah ini diberi kepada TUJUH orang graduan cemerlang, iaitu SEORANG graduan daripada SETIAP program berikut: Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (Petroleum), Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin), Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, dan Sarjana Muda Sains. Setiap penerima akan menerima wang tunai. Anugerah tersebut adalah sumbangan daripada Syarikat Shell People Service Asia Sdn. Bhd.

The award is given to seven best graduates, comprising one from Bachelor of Chemical Engineering, Bachelor of Chemical Engineering (Petroleum), Bachelor of Mechanical Engineering, Bachelor of Mechanical Engineering (Marine Technology), Bachelor of Electrical Engineering, Bachelor of Civil Engineering and Bachelor of Science. Each recipient will receive cash contributed by Shell People Service Asia Sdn. Bhd.

 

Hadiah Alumni | Alumni Award

Hadiah ini diberikan kepada TIGA orang graduan terbaik daripada setiap bidang pengajian, iaitu SEORANG daripada setiap bidang pengajian Kejuruteraan, bidang pengajian Sains & Pengurusan serta bidang pengajian Diploma. Hadiah adalah dalam bentuk wang tunai, sijil, dan cenderamata. Hadiah tersebut disumbangkan oleh pihak Alumni UTM.

The award is given to three outstanding graduates comprising one from engineering studies, management and science studies and Diploma studies. The award is in the forms of cash, certificate and souvenirs contributed by UTM Alumni.

 

Hadiah Akademik Fakulti | Faculty Academic Award

Hadiah ini diberikan kepada mahasiswa terbaik bagi setiap kursus di Fakulti. Jumlah bilangan hadiah adalah tertakluk kepada keputusan dan ketetapan Fakulti. Hadiah adalah dalam bentuk pingat, wang tunai, cenderamata, buku, dan sijil penghargaan yang disumbangkan oleh agensi Kerajaan, pertubuhan dan persatuan dan /atau syarikat-syarikat swasta.

This award is given to the best graduates in each faculty. The total number of recipients will be subject to the decision and resolution of the faculty. The award is in the forms of medal, cash, souvenirs, books and acknowledgement certificate contributed by the government agencies, organisations, associations and/or private companies.

 

Anugerah Dekan | Dean’s Award

Anugerah ini diberikan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.50 dan ke atas. Penerima akan menerima sijil dan juga medal. Lazimnya, majlis penyampaian Anugerah Dekan akan dilaksanakan di Fakulti sehari sebelum Majlis Konvokesyen. Penerima anugerah dikehendaki memakai medal tersebut semasa menghadiri Majlis Konvokesyen mereka.

The award is given to graduates who have attained CGPA of 3.50 and above. The recipient will receive certificates and medals. Customarily the award session will be held at the faculty a day before the convocation ceremony. The recipients are required to wear the medal during the Convocation Ceremony.