Pameran Lukisan Alumni

AAE Iboard

Seramai 10 orang pelukis  yang merupakan alumni Senibina, FAB  UTM  akan mempamerkan hasil lukisan mereka masing-masing.  Hasil-hasil seni mereka ini bukan sahaja  sekadar untuk pameran, malahan para pengunjung boleh membeli  lukisan-lukisan tersebut.  InsyaAllah,  sebahagian wang hasil jualan akan didermakan kepada pihak UTM.
Untuk makluman, pameran  ini akan dibuka setiap hari mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dalam tempoh tersebut.  Semua staf, pelajar dan orang luar adalah dijemput  berkunjung ke pameran ini sambil menyaksikan karya-karya seni pelukis-pelukis tanahair kita yang juga adalah alumni UTM.
Sambil melapangkan fikiran dengan  terapi hasil seni yang menarik dan menenangkan, dapat jua kita memberi sokongan kepada pelukis-pelukis kelahiran UTM di samping menderma melalui hasil-hasil jualan lukisan tersebut.