LATAR BELAKANG

Sukacita dimaklumkan, pada 16 September, 2015 ini genaplah 30 Tahun UTM berada di Negeri Johor Darul Takzim. Sempena dengan tempoh ini, Pengurusan Universiti merancang untuk mengadakan pelbagai aktiviti bagi meraikan sambutan ini bermula daripada 17 September, 2015 sehingga 31 Oktober, 2015. Kemuncak sambutan adalah pada dua minggu terakhir bulan Oktober, 2015 di mana majlis Konvokesyen ke 55 dan Festival Konvo juga akan berlangsung.

Antara pengisian aktiviti yang akan diadakan adalah Pameran Transformasi UTM, Pameran Lukisan, Forum Perdana Ehwal Islam, Bicara Ilmu, UTMost Innovation Festival, Pelancaran Pakej UTM Eko Pelancongan Kampus, Technology Transfer Showcase, Bengkel Inovasi Bersama Sekolah Kluster Kecemerlangan dan lain-lain lagi.


Please be informed, UTM is celebrating its 30th year of operation in the state of Johor, Malaysia. In conjunction with this celebration, the University Management plans to hold various activities for the students, staff and the community. The highlight of the celebration is the last two weeks of October, 2015 in which the convocation of the 55th Convocation and Festival will also ongoing.

Among the events to be held are the UTM Transformation Exhibition, Exhibition, Islamic Affairs Forum, Talk Science, Innovation utmost Festival, Launch UTM Ecotourism Campus Package, Technology Transfer Showcase, Workshops Joint Innovation Cluster Schools and many others.